Monday, March 19, 2012

Supplement untuk anak, apa yang sesuai?

share from: Ibu Addin Nasa

Alhamdulillah putera sulung saya masih diberi kekuatan untuk meneruskan hari persekolahan yang ketiga. Syukur ALLAH mengizinkan kita hidup bernafas, bersolat dan melakukan aktiviti harian hari ini. Walaupun mungkin Addin dan Nasa keletihan sebab sekolah pagi dan petang, saya tetap panjatkan doa agar mereka ini terus sihat dan dibekalkan hati yang tawaduq pada ilahi.

Seperti biasa, sebelum ke sekolah saya pesan Addin untuk membaca 4 Qul. Teringat saya pesan seorang ustaz, jika kita berpegang dengan 4 surah ini, insyaALLAH hati kita dipegang oleh ALLAH dengan sebaiknya dan dipelihara walau di mana sahaja kita berada.

Sekolah pun dah mula , sebelum tidur Addin perlu makan supplement...saya bekalkan GLA dan Omega beserta secawan ESP + meal shake. Sebelum ke sekolah saya hanya berikan secawan ESP+ Meal Shake dan PD supaya dia tak dehydrate dengan aktiviti seharian.

Bila ada kawan-kawan tanya, apa supplement yang sesuai untuk anak, memang saya akan syorkan amik Meal Shake dan Omega sahaja sebagai permulaan dan hakikatnya ia memadai. Kecuali mempunyai lebihan rezeki then boleh tambah Performance drink.

Meal Shake adalah kandungan protien + multivitamin yang lengkap. Ianya membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat serta bagus untuk perkembangan otak. Omega sangat perlu untuk keperluan DHA otak ditambah mereka perlu belajar banyak perkara baru di sekolah dan perlu banyak menghafal.



Pada saya, tak salah bekalkan mereka dengan supplement jika ia membantu anak kita sihat dan lebih produktif dalam pembelajaran mereka. Kita bekerja pun memang nak berikan anak yang terbaik :)

Sekarang saya pun dah mula memberikan Aiman dan Wawa Mealshake dan Omega..nyata mereka amat suka sekali dengan rasanya..terutama Mealshake..adakala sebagai ganjaran saya tambahkan sedikit air batu buat ala2 ice blended gitu..:) Nanti, di post yang lain saya akan ceritakan tentang hasil yang dapat dilihat pada anak2 saya semasa mengambil Mealshake dan Omega..tungguuu!! Doakan yang terbaik buat mereka..






Boleh email kepada saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2027007 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

No comments:

Post a Comment