Wednesday, April 3, 2013

Nutriferon..Cinta Hati Keluarga Saya!

Salam semua..

Sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Kalau pergi klinik ramai yang beratur untuk dapatkan rawatan. Kalau tak beratur pun penuh je tempat duduk kat klinik tu. Ada tu terpaksa menunggu di luar untuk jumpa doktor. Glamer doktor hari tu! ;) Untung sape yang jadi doktor..

Keluarga saya juga tidak terkecuali dalam situasi ini. Suami dan anak-anak bersilih ganti sakitnya. Apalagi, mulalah doktor tak bertauliah ni menjalankan kerjanya. Suami tak banyak bicara kalau disuruh ambil apa-apa ubat atau vitamin tapi anak-anak agak sukar. Maklumlah mereka dah bijak merasa apa yang sedap..mana ada ubat yang sedap kecuali Chewable Vitamin C Shaklee sedap! Mereka suka..sampai pandai ambil sendiri, tak perlu saya berikan. 

Pertama kali saya memberikan Nutriferon masa tu adalah pada suami. Ketika itu dia demam. Saya bancuhkan Nutriferon di dalam segelas air suam. Dia tanya,"Apa ini?".."Iced lemon tea"..saya kata. Lalu dia minum. Berkerut dahinya..Tergelak saya dibuatnya. Bau Nutriferon boleh dikatakan sedap dan boleh diterima oleh deria bau saya. Tapi bila sampai rasanya..agak payau dan tiada rasa apa sebenarnya..hehehehhe..Berbalik pada cerita suami saya, akhirnya dia habiskan segelas Nutriferon yang dibancuh tadi. Alhamdulillah..keesokan harinya demamnya kebah.

http://ibu-wawalawa.blogspot.com


Hari berikutnya anak-anak saya pula kena demam dan selsema. Sekali lagi tugas doktor tak bertauliah ni menjalankan kerjanya. Namun, ada rasa bimbang di hati saya. Bimbang mereka tak boleh menerima Nutriferon. Kali ini saya tak bancuh seperti yang saya lakukan pada suami. Saya hanya koyakkan 1 sachet Nutriferon ke dalam pinggan yang bersih. Kemudian, saya panggil mereka. "..sayang ibu semua, meh sini jap. Ibu nak bagi sesuatu..Nah, cuba rasa ni..(saya tunjukkan pinggan berisi Nutriferon tadi).."Apa ni ibu?" "Vitamin baru..sedap rasanya!! Macam Iced Lemon Tea.." Kemudian anak sulung saya mencubanya..Dia calitkan jarinya pada serbuk Nutriferon tu.."Mmmm..sedap.." Lepas tu diikuti anak kedua saya.." A ahlah..sedap..macam iced lemon tea..Gembiranya saya mereka menyukainya..Anak ke3 saya yang berumur setahun ketika itu, saya calitkan dibibirnya..saya beri dia jilat dihujung jari saya..Ternyata mereka sangat sukakan Nutriferon. Malah mereka lebih suka makan Nutriferon daripada makan ubat doktor.

Jadi kerja saya bertambah mudah setiap kali mereka jatuh sakit. Saya akan berikan mereka meratah Nutriferon..Kadang-kadang jer saya bancuh dengan air..Tapi yang paling mujarab, Nutriferon ni kita letakkan di atas lidah dan biar ianya serap sendiri. Itu yang terbaik..hehehehehe..

Oklah, rasanya dah panjang saya bercerita. Bulan April ini, bulan promosi Nutriferon. Beli 6 kotak Percuma 1 kotak..Best tu..! Sekotak ada 30sachet (1.2g)..Saya sering bawa Nutriferon ini ke mana sahaja..kerana keadaannya yang comel, dan tidak berat seperti vitamin lain saya akan letakkannya di dalam beg tangan saya. Masa ke Bandung baru-baru ini pun saya ada bawa 4 sachet Nutriferon. Manalah tahu tak sihat ker bila di sana..sediakan payung sebelum hujan.

Sebelum saya berhenti berceloteh..saya nak kongsi info sikit. Masa bila agaknya sesuai untuk ambil Nutriferon ini ya? Bila-bila masa sahaja (kepada yang mampu beli). Hari-hari pun boleh makan untuk tingkatkan imun di dalam badan. Selalunya saya akan cadangkan orang yang sakit ambil hari-hari Nutriferon sehingga pulih. Bila dah pulih ambillah seminggu sekali ke..Apabila Vitamin C tidak mampu untuk memberikan kuasa sembuh kepada sakit yang anda hadapi seperti demam, batuk dan selsema yang berpanjangan. Cubalah ambil Nutriferon! In Sha Allah, ia mampu membantu..

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.