Sunday, August 24, 2014

DULU LAIN SEKARANG DAH LAIN!!

As  salam semua

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak update blog ni. Kesibukan yang teramat sangat membatasi waktu saya menulis dan berkongsi dengan semua.
Baru-baru ini saya upload gambar terkini saya, feedback dari kawan-kawan mengatakan saya sudah berubah dari segi fizikal iaitu saya sudah kurus. Wow! Macam tak percaya je..hehehe..tapi itulah hakikatnya.
Mana-mana kawan-kawan saya yang mengenali diri ini tentu sudah maklum saya sentiasa comel sejak melahirkan anak pertama saya sehinggalah anak ketiga. Sentiasa berada lingkungan 90kg ke atas sahaja. Bak kata lain sentiasa gebu je. Bukan tak boleh kurus tapi entahlah masa tu seru belum sampai. Hahahha..makan tak payah cakap. Memang suka makan. Pastu masa berpantang susut sekejap abis pantang naik balik apatahlagi ketiga-tiga anak saya semuanya lahir melalui pembedahan. Jadi makin boleh mengelatlah masa pantang. Tak boleh pakai bengkung, tak bertungku dan sebagainya.

Pagi ini saya terpanggil untuk upload gambar masa saya zaman gebu dan sekarang. Tak sangka banyak feedback positif  dan ramai yang PM nak saya kongsikan tips bagaimana berat saya menyusut.
Maka dengan itulah saya sedang berkongsi dengan anda semua akan tips yang saya lakukan untuk penurunan berat badan. Walaupun saya belum mencapai berat ideal namun saya perlu bersyukur dan bangga berat saya sudah banyak menyusut, lemak semakin hilang dan yang paling penting saya kini lebih yakin berhadapan dengan orang ramai. Apataknya dulu saya selalu disindir oleh teman-teman dan keluarga. Susah nak cari pakaian, kurang keyakinan diri. Tapi saya sukur suami tak pernah cakap apa-apa masa saya comel dulu. Namun jauh sudut hatinya saya tahu dia malu dengan saya. Walaupun dia tak pernah luahkan. Cuma yang paling saya ingat dia cakap; “dia tak kisah saya comel asalkan saya sihat”.







Sewaktu zaman saya comel saya bersyukur saya tiada penyakit kencing manis atau darah tinggi, cuma apa yang ketara saya cepat penat dan malas nak bergerak. Naik tangga cepat je rasa mengah. Apa yang buat saya terpanggil untuk tekad turunkan berat badan ialah saya tak nak penyakit orang kaya datang pada saya (tapi saya nak kaya) iaitu risiko sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dsbnya. Dan saya pernah tanya pada diri saya sampai bila saya nak begini apatahlagi saya kini tidak mengandung lagi sebab dah tutup kilang orang kata J. Jadi inilah masanya untuk saya turunkan berat saya dan saya mahu sepadan dengan suami. Hehehehe…paling penting cantik untuk dia. Untuk pengetahuan semua, dalam tempoh penurunan banyak perkara yang saya lakukan untuk mencuba atau dalam bahasa lain try & error yang mana paling serasi dengan kita.

Antara tips atau kaedah yang saya lakukan sepanjang tempoh saya menurunkan berat badan ialah;
-          Saya pernah makan jamu, pil kurus untuk penurunan..namun tak konsisten kerana ada antara jamu ada bahan terlarang dan pil kurus ni ada side effect dalam jangkamasa panjang. Jadi saya give up. Berat memang turun namun ada ketikanya berat akan cepat naik kembali jika kita hentikan produk tersebut. Untuk tidak terlalu bergantung dengan produk tersebut saya berhenti. Sebagai permulaan saya pernah lakukan Induction Diet Atkins selama 2 minggu. Memang turun iaitu sebanyak 5kg. Saya memang teruja saat itu namun saya ada masalah sembelit pulak sebab dalam diet Atkins kita tak boleh ambil buah semasa induction. Kita diminta ambil protein sahaja. Means nasi dan sewaktu dengannya tak boleh. Sebelum ni saya memang suka makan nasi. Apatahlagi kalau balik rumah mak saya, pasti akan bertambah makan. Saya suka diet Atkins ni membantu saya kurang ambil makanan dan minuman manis, pengambilan nasi dan makanan lain. Kadang-kadang bila terasa nak berdiet saya akan lakukan Induction selama 2 minggu. Namun saya tak teruskan diet ni buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu namun saya tidak menafikan diet Atkins membantu penurunan berat saya.

-          Apa yang saya amalkan saya kurangkan ambil nasi. Saya pernah tidak ambil nasi selama 6 bulan. Saya gantikan dengan  makanan yang sederhana tapi mengenyangkan.  Contoh pasta, roti gandum. Kalau masak untuk keluarga saya hanya ratah lauk. Nasi memang saya tak ambil.

-          Saya akan pastikan saya takkan ketinggalan ambil sarapan pagi. Saya tak ambil sarapan yang berat-berat seperti nasi lemak, roti canai..saya hanya akan makan kuih sebiji dan air suam. Kadang-kadang ambil sup seperti bihun sup. Saya pernah tak makan nasi lemak selama 6 bulan. Boleh bayangkan? ;) lama-lama dah biasa. Kalau nak tahu sepanjang saya mengalami penurunan saya tak ambil minuman manis dan bergas. Teh, kopi memang saya tak minum. Saya hanya minum air suam. Ais jarang. Itupun air sejuk. Air sejuk dengan ais kosong ada beza ya. Tapi sekarang pun saya masih tak ambil minuman manis dan bergas , Cuma kalau teringin sangat saya minum teh o ais..saya akan pastikan saya ambil sarapan pagi, tengahari makan buah atau biskut, makan malam sebelum pukul 8. Takkan ambil supper.

-          Tapi yang pasti saya amalkan Infused Water..apakah infused water? Sila google.. hehehehe..Infused water ni  membantu kita tidak minum minuman manis..dan yang penting bantu kita minum banyak air. Infused Water juga boleh membantu membuang toksin dalam badan jika kena pada ramuannya. Buah yang biasa saya guna buah lemon, oren, sedikit daun pudina..selain infused water, air kosong jangan dilupakan.

-          Part yang paling saya suka senaman membantu penurunan berat saya. Maka saya telah mendaftarkan diri saya ke kelas aerobik di kawasan rumah. Saya akan pastikan dalam seminggu 2-3 kali saya akan ke kelas aerobik. Biasanya hari Isnin & Rabu saya akan pastikan jadual saya tak sibuk untuk ke kelas aerobik.  Hari lain saya tak ke kelas saya akan lakukan senaman di rumah..biasanya saya akan buat squat, plank atau sit up. Paling tidak guna twister exercise. Yang penting kena senaman. Saya tak percaya pada tagline “Boleh Kurus dengan makan ni…tak perlu buat senaman”. No, no, no..Senaman banyak bantu saya turunkan berat saya. Jadilah daftarlah diri anda ke kelas zumba ke, fusion dance Aerobic ke asalkan anda buat senaman.

-          Mesti semua akan tertanya takkan saya tak ambil supplemen bila saya kurang makan. So macamana badan kita nak dapat nutrisi bila kita kurang ambil makanan yang berkhasiat. Ya, sejak dari dulu lagi saya amat percayakan satu produk yang sudah terbukti keberkesanannya, kualiti dan yang pasti dijamin halal iaitu Shaklee. Biarlah orang kata apapun tentang Shaklee namun saya percaya pada keaslian, semulajadi produknya. Ya saya amalkan pengambilan Lecithin dan Alfalfa untuk bantu saya turunkan berat badan. Vitamin C untuk kulit wajah manakala Ostematrix (kalsium) untuk tulang saya. Itu sahaja yang saya amalkan sejak dari dulu. Lecithin bantu pecahkan lemak, Alfalfa berfungsi untuk mengangkut lemak keluar.

-          Yang terbaru, saya suka pergi mengurut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk pelancaran darah dan kelegaan badan. Jika ada duit lebih anda boleh habiskan masa untuk mendapatkan rawatan di spa. Saya suka ke spa ala-ala Bali kerana sebelum memulakan rawatan mereka akan menghidangkan kita air asam jawa madu atau halia untuk membuang toksin.

-          Selepas konsisten melakukan perkara-perkara di atas yang paling penting kita berbalik kepada pencipta kita. Tanpa keizinanNYA kita takkan berjaya dalam melakukan apa-apa walaupun menurunkan berat badan. Usaha, doa dan bertawakkal. Alhamdulillah, Dia mendengar submission saya di IMKK Dis 2013 untuk menurunkan berat badan dan saya berharap moga Allah memperkenankan doa-doa saya yang lain..Amin.

-          Jadi secara konklusinya apa yang saya amalkan;

a)      Kurang pengambilan nasi, kalau teringin makan sedikit. Amalkan makanan rebus, sup, grill atau steam. Lebihkan makan sayur dan buahan untuk sistem penghadaman. Saya hanya sarapan pagi, tengahari tidak ambil makanan berat dan makan malam sebelum pukul 8.
b)      Tidak ambil makanan dan minuman manis dan bergas. Hanya infused water atau air kosong.
c)       Saya akan bersenam 2-3 kali dalam seminggu. Senaman seharian seperti squad atau plank perlu dijadikan rutin.
d)      Berurut untuk kelancaran darah dan buang toksin sebulan sekali
e)      Saya amalkan Lecithin dan Alfalfa Shaklee untuk bantu turunkan berat badan dan  membina kecergasan.
f)       Berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar diizinkan olehNYA untuk kita berjaya kurus agar senang beribadah, terhindar penyakit berbahaya  dan dapat melaksanakan tugasan kita dengan sempurna. Yang paling penting JANGAN CEPAT PUTUS ASA! JANGAN PATAH SEMANGAT!





Sebarang pertanyaan atau nak tukar pendapat tentang penurunan berat badan atau mendapatkan apajua produk Shaklee  boleh emel saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau whatsapp saya di 0192027007

Wednesday, April 3, 2013

Nutriferon..Cinta Hati Keluarga Saya!

Salam semua..

Sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Kalau pergi klinik ramai yang beratur untuk dapatkan rawatan. Kalau tak beratur pun penuh je tempat duduk kat klinik tu. Ada tu terpaksa menunggu di luar untuk jumpa doktor. Glamer doktor hari tu! ;) Untung sape yang jadi doktor..

Keluarga saya juga tidak terkecuali dalam situasi ini. Suami dan anak-anak bersilih ganti sakitnya. Apalagi, mulalah doktor tak bertauliah ni menjalankan kerjanya. Suami tak banyak bicara kalau disuruh ambil apa-apa ubat atau vitamin tapi anak-anak agak sukar. Maklumlah mereka dah bijak merasa apa yang sedap..mana ada ubat yang sedap kecuali Chewable Vitamin C Shaklee sedap! Mereka suka..sampai pandai ambil sendiri, tak perlu saya berikan. 

Pertama kali saya memberikan Nutriferon masa tu adalah pada suami. Ketika itu dia demam. Saya bancuhkan Nutriferon di dalam segelas air suam. Dia tanya,"Apa ini?".."Iced lemon tea"..saya kata. Lalu dia minum. Berkerut dahinya..Tergelak saya dibuatnya. Bau Nutriferon boleh dikatakan sedap dan boleh diterima oleh deria bau saya. Tapi bila sampai rasanya..agak payau dan tiada rasa apa sebenarnya..hehehehhe..Berbalik pada cerita suami saya, akhirnya dia habiskan segelas Nutriferon yang dibancuh tadi. Alhamdulillah..keesokan harinya demamnya kebah.

http://ibu-wawalawa.blogspot.com


Hari berikutnya anak-anak saya pula kena demam dan selsema. Sekali lagi tugas doktor tak bertauliah ni menjalankan kerjanya. Namun, ada rasa bimbang di hati saya. Bimbang mereka tak boleh menerima Nutriferon. Kali ini saya tak bancuh seperti yang saya lakukan pada suami. Saya hanya koyakkan 1 sachet Nutriferon ke dalam pinggan yang bersih. Kemudian, saya panggil mereka. "..sayang ibu semua, meh sini jap. Ibu nak bagi sesuatu..Nah, cuba rasa ni..(saya tunjukkan pinggan berisi Nutriferon tadi).."Apa ni ibu?" "Vitamin baru..sedap rasanya!! Macam Iced Lemon Tea.." Kemudian anak sulung saya mencubanya..Dia calitkan jarinya pada serbuk Nutriferon tu.."Mmmm..sedap.." Lepas tu diikuti anak kedua saya.." A ahlah..sedap..macam iced lemon tea..Gembiranya saya mereka menyukainya..Anak ke3 saya yang berumur setahun ketika itu, saya calitkan dibibirnya..saya beri dia jilat dihujung jari saya..Ternyata mereka sangat sukakan Nutriferon. Malah mereka lebih suka makan Nutriferon daripada makan ubat doktor.

Jadi kerja saya bertambah mudah setiap kali mereka jatuh sakit. Saya akan berikan mereka meratah Nutriferon..Kadang-kadang jer saya bancuh dengan air..Tapi yang paling mujarab, Nutriferon ni kita letakkan di atas lidah dan biar ianya serap sendiri. Itu yang terbaik..hehehehehe..

Oklah, rasanya dah panjang saya bercerita. Bulan April ini, bulan promosi Nutriferon. Beli 6 kotak Percuma 1 kotak..Best tu..! Sekotak ada 30sachet (1.2g)..Saya sering bawa Nutriferon ini ke mana sahaja..kerana keadaannya yang comel, dan tidak berat seperti vitamin lain saya akan letakkannya di dalam beg tangan saya. Masa ke Bandung baru-baru ini pun saya ada bawa 4 sachet Nutriferon. Manalah tahu tak sihat ker bila di sana..sediakan payung sebelum hujan.

Sebelum saya berhenti berceloteh..saya nak kongsi info sikit. Masa bila agaknya sesuai untuk ambil Nutriferon ini ya? Bila-bila masa sahaja (kepada yang mampu beli). Hari-hari pun boleh makan untuk tingkatkan imun di dalam badan. Selalunya saya akan cadangkan orang yang sakit ambil hari-hari Nutriferon sehingga pulih. Bila dah pulih ambillah seminggu sekali ke..Apabila Vitamin C tidak mampu untuk memberikan kuasa sembuh kepada sakit yang anda hadapi seperti demam, batuk dan selsema yang berpanjangan. Cubalah ambil Nutriferon! In Sha Allah, ia mampu membantu..

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.



Wednesday, March 13, 2013

Si Kecil Cilik Dumex Juga Perlukan Vitamin!

Sejak kebelakangan ini, dah banyak saya lihat kanak-kanak khususnya mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Ini kerana mereka terdedah kepada bakteria atau kuman yang boleh di dapati semasa mereka bermain, di sekolah, melalui kawan-kawan dan persekitaran. Sebagai ibu bapa kita perlu  melindungi anak kita namun bukanlah 100% kita harus bertindak memerhatikan mereka sepanjang mereka bermain atau semasa mereka di sekolah. Kita boleh membantu mereka dengan menyediakan makanan yang berkhasiat dan juga memberikan mereka makanan tambahan yang terbaik.



Justeru itu, Shaklee mempunyai makanan tambahan atau supplemen yang terbaik untuk si kecil cilik yang sedang membesar. Saya sebagai ibu bapa juga sudah mula merasai bukan kita orang dewasa sahaja perlu menjaga kesihatan, kanak-kanak juga perlu kerana mereka yang akan mewarisi generasi kita. Oleh itu, saya sudah mula memberikan anak-anak saya makanan tambahan kerana kadangkala kita tidak cukup memberikan mereka khasiat makanan melalui masakan. Yalah, kadang-kadang anak-anak ini suka memilih makanan. Ada yang tidak mahu makan sayur dan sebagainya. Jadi, supplemen atau makanan tambahan ini akan membantu menambahbaik & mencukupkan nilai nutrisi ke paras optimum demi mendapat kebaikan dari mineral2 yg terkandung di dalamnya.





  • Amat sesuai untuk anak-anak yang mengidap asma, lelah, semput.

Asma/athma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Hasil kajian mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
 
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah. Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi. Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel .
 
Antara ubatan yg biasa dicadangkan oleh doktor untuk merawat asma/ asthma adalah steroid.  Namun steroid memberi kesan sampingan di dalam jangka masa panjang. Kebaikan kandungan Omega 3 mampu bertindak seperti Steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana Steroid.   

  • meningkatkan daya ingatan - Pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih fokus!
  • membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan membantu sistem dalam tubuh berfungsi dengan baik untuk kesihatan yang optimum
  • memanaskan tubuh - jika anak anda atau anda selalu mengalami masalah selsema, semput, asma, ekzema. OmegaGuard membantu mengurangkan risiko asma dikalangan anak-anak
  • membantu meningkatkan DHA otak



CHEWABLE VITA-C PLUS 100mg


   
  • Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang sukar menelan tablet
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan dan mempercepatkan penyembuhan luka.

MEALSHAKES
 

  •  Sesuai untuk anak yang tiada selera makan, berat badan tidak bertambah, mempunyai masalah sembelit (kerana mereka makan makanan yang kurang unsur fiber/serat), selalu demam, selsema.
  • MealShakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.
  • Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
  • Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.

Jadi untuk apa lagi anda perlu tunggu untuk dapatkan makanan tambahan untuk anak-anak anda. Korbankanlah wang ringgit sedikit untuk pelaburan kesihatan yang berpanjangan. Jangan dah terhantuk baru terngadah!


-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 

Tuesday, February 26, 2013

Perempuan, Isteri dan ....Wanita Terabaikah Kesihatan Mereka?





Perempuan, Isteri dan ...... Wanita atau apa jua terma yang digunakan, mereka adalah insan yang memainkan peranan penting di dalam sesebuah institusi keluarga. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi mempastikan keperluan dan kesihatan keluarga terjaga? Adakah kita menitikberatkan kesihatan mereka yang bergelar ibu, wanita ini?

Sebagai contoh, saya sebelum mengenali Shaklee, saya tidak pernah ambil peduli dengan kesihatan sendiri. Sehinggalah sejak saya mula Shaklee, barulah saya sedar kita sebagai wanita, ibu yang menjaga keluarga walau sesibuk mana kita juga harus menjaga dan menitikberatkan kesihatan kita. Apatah lagi kita wanita melalui beberapa peringkat perubahan hormon  di dalam kehidupan dari peringkat akil baligh, kehamilan sehinggalah putus haid. Setiap frasa ini kehidupan ini memerlukan penjagaan yang istimewa sebelum penyakit yang berkaitan dengan usia seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung menjenguk kita. Di samping itu, kita juga sering lupa mengambil diet yang seimbang, melakukan senaman dan makan makanan tambahan yang betul (macam saya..;p )

Pendek kata, semenjak mengenali Shaklee saya lebih menjaga kesihatan diri..Wah, gitu! hampir satu rumah saya paksa makan vitamin..hehehehe..nak sihat punya pasal. Jom kita tengok vitamin apa yang sesuai untuk wanita..semestinya vitamin inilah yang saya ambil.

Shaklee telah memperkenalkan kombinasi nutrien yang menepati keperluan wanita di setiap peringkat kehidupan mereka iaitu Set Kesihatan Wanita (Women's Health Set).

Apa ada dalam Set Kesihatan Wanita ini?


  • OmegaGuard - merupakan supplemen diet yang mengandungi minyak ikan. Setiap hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA. DHA dan EPA merupakan asid lemak Omega 3 yang dikenalpasti dapat memberikan sokongan nutrisi bagi menyokong tahap kolesterol yang baik sekaligus menjadikan jantung yang sihat.

  • GLA Complex - merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi kepekatan Gamma Linolenic Acid (GLA) yang tinggi, Linoleic Acid (LA), bunga matahari dan vitamin E. GLA telah digunakan secara tradisional untuk keselesaan semasa kitaran bulanan atau haid termasuk dapat membantu melegakan kesakitan atau masalah yang dialami ketika haid seperti ketidakselesaan, sakit kepala dan boleh juga membantu menangani gejala-gejala yang biasa berlaku sebelum putus haid.
  • Ostematrix - produk komprehensif yang memberikan nutrien dengan matriks unik yang penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga, mangan yang membantu dalam memelihara tulang-tulang dan gigi yang sihat.
Namun, Shaklee telah menyarankan satu lagi supplemen tambahan yang mampu memberikan kesihatan yang optimum iaitu Vivix Shaklee.
  • Vivix - adalah campuran botanikal unik daripada Polygonum Cusipadatum, Muscadine Grape, European Elderberry dan Purple Carrot yang kaya dengan nutrien polifenol. Diet yang kaya dengan nutrien polifenol seperti Resveratrol dan asid Ellagic amat berguna terutamanya dalam menyokong kesihatan wanita seperti kesihatan payudara dan servikal.

Jadi, saya nak menyeru kepada perempuan, isteri dan ...Wanita jagalah kesihatan diri kita kerana jika kita tidak menjaga siapa lagi. Keluarga amat bergantung kepada kita untuk menjaga mereka...;) Dapatkan hari ini juga Set Kesihatan Wanita ini. Anda mampu mengubahnya!

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 


Thursday, February 21, 2013

Omega Guard Boleh Bakar Lemak?!

Salam semua..

Sekarang ini saya masih lagi dalam tempoh untuk menurunkan berat badan. Ingat tak entry saya yang dulu pasal cabaran redah kasi pecah lemak degil saya tu? Bersempena dengan promosi bulan Februari ini iaitu Omega Guard, saya telah memasukkan supplemen ini ke dalam pengambilan supplemen seharian saya. Ini kerana Omega Guard dikatakan boleh membakar lemak. Wah, best ni! Tapi kita harus lihat dulu bagaimana Omega Guard ini berfungsi sebagai pembakar lemak.





Perkongsian dari blog kawan saya; Fiza ada menyatakan bagaimana Omega Guard boleh membakar lemak.

Bagaimana Omega Guard Bakar Lemak

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Sumber LEMAK BAIK adalah dari pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah asid lemak Omega 3.
 
Omega (minyak ikan) mengandungi asid lemak Omega 3, yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.
 
Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, asid lemak Omega 3 secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan asid lemak Omega 3 menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.
*sumber: Livestrong
 
Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar. Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3!
 
Jadi, saya rasa Omega Guard sesuai untuk dijadikan salah satu supplemen yang boleh diambil dalam tempoh berdiet atau menguruskan badan. Cuma, saya nak ingatkan pengambilan supplemen ini perlu disusuli juga dengan pengambilan air yang banyak. Ini kerana pengambilan 3 biji Omega Guard sehari membuatkan anda akan berasa dahaga. 
 
Jom dapatkan sebotol hari ini! Atau boleh juga beli dengan promosi bulan Februari ini.

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.