Tuesday, February 28, 2012

Resepi Enak ESP Shaklee

ESP Shaklee adalah serbuk protein berkualiti tinggi. Kenapa ia berkualiti tinggi, boleh rujuk artikel ini. ESP Shaklee ni singkatan untuk Energizing Soy Protein. Antara kebaikkannya adalah membina sel sel tubuh yang sihat kerana anda pasti tahu, sistem badan kita, bermula dari sel dan proteinlah yang membantu pembentukan sel ini. Oleh kerana itu, ESP digalakkan untuk ibu mengandung, ibu menyusu, kanak-kanak yang sedang membesar sehinggalah ke ahli bina badan.
 
Saya ingin berkongsi kepelbagaian resepi ESP ini. Yang menariknya, jika anda tidak gemarkan rasa soya sebenar, anda boleh mencampurkannya ke dalam minuman kesukaan anda. Campurkan ESP sama ada dengan
  • Air sejuk
  • Air suam 
  •  Susu segar
  • Susu rendah lemak
  • Kurma yang direndam dalam susu segar untuk beberapa jam, dikisar bersama susu dan dicampur ESP
  • Susu tepung
  • Performance Drink dan Milk Shake Shaklee
  • Nesvita 3 in 1
  • Jus Twister Tropicana
  • Jus buah-buahan
  • Milo atau Horlick
  • Sirap atau sirap bandung
  • Meal Shake Shakee dan ais krim

Protein akan rosak jika dibancuh dengan air panas. Pastikan air yang digunakan sejuk atau suam. Gunakan shaker atau bekas bertutup untuk digoncang selepas masukan ESP kedalam mana-mana campuran.

TIPS: Sepanjang saya berpuasa dan menyusukan bayi, ESP yang diambil sewaktu bersahur sangat membantu saya untuk terus bertenaga sepanjang hari.
 

Jika berminat nak cuba dan rasai kebaikannya, hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 019 2027007


credit

No comments:

Post a Comment