Sunday, August 24, 2014

DULU LAIN SEKARANG DAH LAIN!!

As  salam semua

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak update blog ni. Kesibukan yang teramat sangat membatasi waktu saya menulis dan berkongsi dengan semua.
Baru-baru ini saya upload gambar terkini saya, feedback dari kawan-kawan mengatakan saya sudah berubah dari segi fizikal iaitu saya sudah kurus. Wow! Macam tak percaya je..hehehe..tapi itulah hakikatnya.
Mana-mana kawan-kawan saya yang mengenali diri ini tentu sudah maklum saya sentiasa comel sejak melahirkan anak pertama saya sehinggalah anak ketiga. Sentiasa berada lingkungan 90kg ke atas sahaja. Bak kata lain sentiasa gebu je. Bukan tak boleh kurus tapi entahlah masa tu seru belum sampai. Hahahha..makan tak payah cakap. Memang suka makan. Pastu masa berpantang susut sekejap abis pantang naik balik apatahlagi ketiga-tiga anak saya semuanya lahir melalui pembedahan. Jadi makin boleh mengelatlah masa pantang. Tak boleh pakai bengkung, tak bertungku dan sebagainya.

Pagi ini saya terpanggil untuk upload gambar masa saya zaman gebu dan sekarang. Tak sangka banyak feedback positif  dan ramai yang PM nak saya kongsikan tips bagaimana berat saya menyusut.
Maka dengan itulah saya sedang berkongsi dengan anda semua akan tips yang saya lakukan untuk penurunan berat badan. Walaupun saya belum mencapai berat ideal namun saya perlu bersyukur dan bangga berat saya sudah banyak menyusut, lemak semakin hilang dan yang paling penting saya kini lebih yakin berhadapan dengan orang ramai. Apataknya dulu saya selalu disindir oleh teman-teman dan keluarga. Susah nak cari pakaian, kurang keyakinan diri. Tapi saya sukur suami tak pernah cakap apa-apa masa saya comel dulu. Namun jauh sudut hatinya saya tahu dia malu dengan saya. Walaupun dia tak pernah luahkan. Cuma yang paling saya ingat dia cakap; “dia tak kisah saya comel asalkan saya sihat”.







Sewaktu zaman saya comel saya bersyukur saya tiada penyakit kencing manis atau darah tinggi, cuma apa yang ketara saya cepat penat dan malas nak bergerak. Naik tangga cepat je rasa mengah. Apa yang buat saya terpanggil untuk tekad turunkan berat badan ialah saya tak nak penyakit orang kaya datang pada saya (tapi saya nak kaya) iaitu risiko sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dsbnya. Dan saya pernah tanya pada diri saya sampai bila saya nak begini apatahlagi saya kini tidak mengandung lagi sebab dah tutup kilang orang kata J. Jadi inilah masanya untuk saya turunkan berat saya dan saya mahu sepadan dengan suami. Hehehehe…paling penting cantik untuk dia. Untuk pengetahuan semua, dalam tempoh penurunan banyak perkara yang saya lakukan untuk mencuba atau dalam bahasa lain try & error yang mana paling serasi dengan kita.

Antara tips atau kaedah yang saya lakukan sepanjang tempoh saya menurunkan berat badan ialah;
-          Saya pernah makan jamu, pil kurus untuk penurunan..namun tak konsisten kerana ada antara jamu ada bahan terlarang dan pil kurus ni ada side effect dalam jangkamasa panjang. Jadi saya give up. Berat memang turun namun ada ketikanya berat akan cepat naik kembali jika kita hentikan produk tersebut. Untuk tidak terlalu bergantung dengan produk tersebut saya berhenti. Sebagai permulaan saya pernah lakukan Induction Diet Atkins selama 2 minggu. Memang turun iaitu sebanyak 5kg. Saya memang teruja saat itu namun saya ada masalah sembelit pulak sebab dalam diet Atkins kita tak boleh ambil buah semasa induction. Kita diminta ambil protein sahaja. Means nasi dan sewaktu dengannya tak boleh. Sebelum ni saya memang suka makan nasi. Apatahlagi kalau balik rumah mak saya, pasti akan bertambah makan. Saya suka diet Atkins ni membantu saya kurang ambil makanan dan minuman manis, pengambilan nasi dan makanan lain. Kadang-kadang bila terasa nak berdiet saya akan lakukan Induction selama 2 minggu. Namun saya tak teruskan diet ni buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu namun saya tidak menafikan diet Atkins membantu penurunan berat saya.

-          Apa yang saya amalkan saya kurangkan ambil nasi. Saya pernah tidak ambil nasi selama 6 bulan. Saya gantikan dengan  makanan yang sederhana tapi mengenyangkan.  Contoh pasta, roti gandum. Kalau masak untuk keluarga saya hanya ratah lauk. Nasi memang saya tak ambil.

-          Saya akan pastikan saya takkan ketinggalan ambil sarapan pagi. Saya tak ambil sarapan yang berat-berat seperti nasi lemak, roti canai..saya hanya akan makan kuih sebiji dan air suam. Kadang-kadang ambil sup seperti bihun sup. Saya pernah tak makan nasi lemak selama 6 bulan. Boleh bayangkan? ;) lama-lama dah biasa. Kalau nak tahu sepanjang saya mengalami penurunan saya tak ambil minuman manis dan bergas. Teh, kopi memang saya tak minum. Saya hanya minum air suam. Ais jarang. Itupun air sejuk. Air sejuk dengan ais kosong ada beza ya. Tapi sekarang pun saya masih tak ambil minuman manis dan bergas , Cuma kalau teringin sangat saya minum teh o ais..saya akan pastikan saya ambil sarapan pagi, tengahari makan buah atau biskut, makan malam sebelum pukul 8. Takkan ambil supper.

-          Tapi yang pasti saya amalkan Infused Water..apakah infused water? Sila google.. hehehehe..Infused water ni  membantu kita tidak minum minuman manis..dan yang penting bantu kita minum banyak air. Infused Water juga boleh membantu membuang toksin dalam badan jika kena pada ramuannya. Buah yang biasa saya guna buah lemon, oren, sedikit daun pudina..selain infused water, air kosong jangan dilupakan.

-          Part yang paling saya suka senaman membantu penurunan berat saya. Maka saya telah mendaftarkan diri saya ke kelas aerobik di kawasan rumah. Saya akan pastikan dalam seminggu 2-3 kali saya akan ke kelas aerobik. Biasanya hari Isnin & Rabu saya akan pastikan jadual saya tak sibuk untuk ke kelas aerobik.  Hari lain saya tak ke kelas saya akan lakukan senaman di rumah..biasanya saya akan buat squat, plank atau sit up. Paling tidak guna twister exercise. Yang penting kena senaman. Saya tak percaya pada tagline “Boleh Kurus dengan makan ni…tak perlu buat senaman”. No, no, no..Senaman banyak bantu saya turunkan berat saya. Jadilah daftarlah diri anda ke kelas zumba ke, fusion dance Aerobic ke asalkan anda buat senaman.

-          Mesti semua akan tertanya takkan saya tak ambil supplemen bila saya kurang makan. So macamana badan kita nak dapat nutrisi bila kita kurang ambil makanan yang berkhasiat. Ya, sejak dari dulu lagi saya amat percayakan satu produk yang sudah terbukti keberkesanannya, kualiti dan yang pasti dijamin halal iaitu Shaklee. Biarlah orang kata apapun tentang Shaklee namun saya percaya pada keaslian, semulajadi produknya. Ya saya amalkan pengambilan Lecithin dan Alfalfa untuk bantu saya turunkan berat badan. Vitamin C untuk kulit wajah manakala Ostematrix (kalsium) untuk tulang saya. Itu sahaja yang saya amalkan sejak dari dulu. Lecithin bantu pecahkan lemak, Alfalfa berfungsi untuk mengangkut lemak keluar.

-          Yang terbaru, saya suka pergi mengurut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk pelancaran darah dan kelegaan badan. Jika ada duit lebih anda boleh habiskan masa untuk mendapatkan rawatan di spa. Saya suka ke spa ala-ala Bali kerana sebelum memulakan rawatan mereka akan menghidangkan kita air asam jawa madu atau halia untuk membuang toksin.

-          Selepas konsisten melakukan perkara-perkara di atas yang paling penting kita berbalik kepada pencipta kita. Tanpa keizinanNYA kita takkan berjaya dalam melakukan apa-apa walaupun menurunkan berat badan. Usaha, doa dan bertawakkal. Alhamdulillah, Dia mendengar submission saya di IMKK Dis 2013 untuk menurunkan berat badan dan saya berharap moga Allah memperkenankan doa-doa saya yang lain..Amin.

-          Jadi secara konklusinya apa yang saya amalkan;

a)      Kurang pengambilan nasi, kalau teringin makan sedikit. Amalkan makanan rebus, sup, grill atau steam. Lebihkan makan sayur dan buahan untuk sistem penghadaman. Saya hanya sarapan pagi, tengahari tidak ambil makanan berat dan makan malam sebelum pukul 8.
b)      Tidak ambil makanan dan minuman manis dan bergas. Hanya infused water atau air kosong.
c)       Saya akan bersenam 2-3 kali dalam seminggu. Senaman seharian seperti squad atau plank perlu dijadikan rutin.
d)      Berurut untuk kelancaran darah dan buang toksin sebulan sekali
e)      Saya amalkan Lecithin dan Alfalfa Shaklee untuk bantu turunkan berat badan dan  membina kecergasan.
f)       Berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar diizinkan olehNYA untuk kita berjaya kurus agar senang beribadah, terhindar penyakit berbahaya  dan dapat melaksanakan tugasan kita dengan sempurna. Yang paling penting JANGAN CEPAT PUTUS ASA! JANGAN PATAH SEMANGAT!





Sebarang pertanyaan atau nak tukar pendapat tentang penurunan berat badan atau mendapatkan apajua produk Shaklee  boleh emel saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau whatsapp saya di 0192027007

No comments:

Post a Comment