Friday, March 30, 2012

Rahsia Terbesar Banyakkan Susu!!!


Berdasarkan pengalaman salah seorang pengguna tegar Shaklee..

Ada seorang teman terkejut bila mendapat tahu saya dapat menyusukan Addin sehingga 3 tahun lebih....walhal saya ada teman yang menyusukan anaknya sehingga 4 tahun setengah. Sebenarnya ada rahsia terbesar untuk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan.... Saya sendiri baru menyedari hakikat rahsia ini. Memang nampak pelik tetapi saya melaluinya dan ramai sahabat2 saya juga melaluinya....

Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.
- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu.
Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye????

Rahsia #2
Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia #3
Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.

Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.

Masih tidak percaya?
Hasil kajian saya secara peribadi mendapati rata2 ibu yang merasakan dirinya hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum adalah kerana golongan ini tidak menjaga pengambilan pemakanannya. Mereka mungkin khuatir akan gemuk, maka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.

Ada yang mengadu dengan saya, saya dah makan semua supplement yang N cadangkan namun susu saya tidak melimpah ruah... maka saya akan bertanya apakah pengambilan makan tengahari puan hari ini? Dengan nada lembut, saya makan kuih muih sahaja hari ini. Wahai temanku sayang, kita bukan hanya perlu pentingkan kuantiti tetapi kualiti.
Sebagai contoh mudah saya cuba gambarkan ... bolehkah sebatang tebu menghasilkan air tebu sebanyak satu jug? Biarpun kita menggunakan mesin yang canggih untuk memprosesnya tapi yang pasti sebatang tebu takkan dapat menghasilkan satu jug air tebu.

Saya memang seorang yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak saya abaikan agar makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak mahupun lemak tepu dalam tubuh saya. Siapa yang mahu kelihatan besar bukan? Maka saya percaya ibu yang menyusukan anak ditambah dengan pengambilan supplement yang betul akan memastikan ibu itu sentiasa ramping dan kelihatan muda! Selain itu kesannya terhadap anak yang menyusu... fuuuhhh ,hanya mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu kehebatannya!

Sekian, wallah hu alam.
credit

Hubungi saya di 0192027007 atau ibu.wawalawa@gmail.com untuk maklumat lanjut.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kenapa Bertambah Gemuk Selepas Makan Vitamin?

Sedikit perkongsian dari MommyLyna:


Walaupun saya dan ramai orang menjadi kurus, turun berat badan selepas mengambil suplemen, namun ada yang tak kurus-kurus, malah makin naik. Apakah benar orang kata bila makan suplemen selera makan naik membuak dan badan boleh naik?

Pengalaman saya, OK saya tak pastilah sebab suplemen ke sebab menyusu anak ke.. Tapi saya memang makan banyak. Kalau di pejabat tu sepanjang2 masa kena ada makanan atas meja. Biskut tak jalan, mau yanh jenis2 roti. Tapi badan saya makin kerempeng.

Vitamin dan mineral tak sepatutnya menaikkan berat badan, kerana ia tidak mengandungi kalori, tapi kemungkinan penyebab berat badan naik lepas ambil vitamin ialah:
- Multivitamin yang mengandungi B Complex memberikan mood tenang dan mengawal stress. Bila tak stress, mungkin ia mendorong untuk makan dengan berselera.
- Mindset bila ambil vitamin rasa macam dah cover semua keperluan tubuh, jadi tak agak2 nak makan makanan rapu.
- Badan rasa lebih bertenaga, berbanding sebelumnya banyak tidur dan rehat, bila dah ambil vitamin, badan tak rasa lesu lagi. Jadi masa jaga yang lebih banyak mendorong untuk makan/minum lebih dari kebiasaannya.
- Pembakaran lemak menjadi lebih efisyen, dan hasilnya adalah karbon dioksida dan air. Air lebih berat dari lemak. Jadi berat badan mungkin tak turun (atau bertambah naik!) tapi yang berat itu bukan lemak lagi :)
- Otot2 yang berkembang dek lemak yang dibakar. Otot lebih berat dari lemak.

Jadi jangan gelabah bila berat badan dirasakan bertambah/tak turun2 selepas ambil supplement. Anda mungkin mengalami perkara di atas :)

Wednesday, March 28, 2012

Istimewa Untuk Bakal Pengantin!

Bakal-bakal pengantin terutamanya wanita pasti inginkan terbaik untuk majlis yang akan berlangsung. Pastinya inginkan majlis berseri dengan pengantin perempuan yang tidak jemu mata memandang, kulit yang cantik berseri dan paling penting aset dalaman mestilah terjaga.

Tidak perlu pening memikirkan apa patut dibuat kerana sekarang sudah ada penyelesaian produk untuk dalaman dan juga luaran. Banyak produk yang boleh dicuba namun 3 produk yang paling hot ini sudah semestinya ada dalam senarai.

 Kenapa perlunya ketiga-tiga produk ini? Dan apa yang hot dengannya?

ESP
- paling best sebab ianya diperbuat dari protein yang terbaik dan diproses secara semulajadi yang tidak memberi kesan negatif jangka panjang. Protein diperlukan untuk pembinaan sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel lama untuk berfungsi dengan lebih baik. Dapatkan Energizing Soy Protein Shaklee untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.

GLA
- yang ni paling best sebab membantu membetulkan hormon yang tidak stabil. Bagi yang mengalami period yang tidak teratur atau period pain yang teruk, inilah penyelesaiannya. Bukan setakat itu, ia membantu mendapatkan kulit yang cantik.


VITAMIN E
- rahsia vitamin E adalah untuk kulit yang menawan. Vitamin E adalah antioksidan yang secara tidak langsung membuatkan pengamalnya awet muda. Kulit yang kering dan bercapuk atau tidak sekata boleh dipulihkan dengan mengamalkan vitamin e secara konsisten.Bukan sahaja oleh dimakan malah boleh juga dibuat pupur muka untuk mendapatkan kulit yang berseri.




Inilah masanya untuk membuat kejutan di hari bahagia :)

Hubungi saya dengan sms ke 019 2027007 atau email ibu.wawalawa@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Thursday, March 22, 2012

Triple Gem santapan anak ke sekolah!

Salam semua..

Acapkali bila anak-anak ke sekolah, kita akan menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk mereka. Ada tu, kalau tak sempat nak sediakan apa2, ada yang membeli. Semua tu tak salah! Janji anak kita tidak ke sekolah dengan perut kosong. Tapi apa kata kita jadikan amalan minum segelas ESP ditambah Meal Shake dan Performance drink untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Mudah je. Kenapa 3 ni?

ESP : Protein Shaklee lengkap dengan 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tetapi tidak mampu dibina oleh badan. Protein untuk bina sel. Kulit, rambut, organ semua dibina dari protein.

Meal Shake : Ianya multivitamin yang saya juga memanggilnya sebagai pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila serbuk.

Performance Drink : adalah minuman isotonik yang lengkap dengan formula opticarb dan bagus untuk kesihatan kerana ianya tanpa karbonat. Memastikan badan sentiasa hidrat.

Apakah rasanya?
Gabungan 3 serbuk supplement ini memberikan rasa ala-ala vitagen ditambah jika diminum dengan air yang sedikit sejuk. Sangat sedap. Cara bancuhan yang biasa saya buat ialah dengan gelas yang diisi 500ml air, masukkan 1 setengah sudu besar ESP, 1 sudu besar meal shake dan 1 sudu besar Performance drink.

Siapa yang sesuai amalkan minuman ini? Antara mereka yang saya sarankan amik Triple Gem ialah

  • anak-anak yang dah bersekolah supaya bertenaga , sihat dan tidak mudah dehydrat
  • mereka yang bekerja luar dan terdedah dengan panas terik matahari
  • mereka yang tak boleh dan tak suka telan pil tetapi perlukan supplement
  • mereka yang ingin replace meal terutama untuk breakfast




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui ibu.wawalawa@gmail.com atau 019-2027007

Monday, March 19, 2012

Supplement untuk anak, apa yang sesuai?

share from: Ibu Addin Nasa

Alhamdulillah putera sulung saya masih diberi kekuatan untuk meneruskan hari persekolahan yang ketiga. Syukur ALLAH mengizinkan kita hidup bernafas, bersolat dan melakukan aktiviti harian hari ini. Walaupun mungkin Addin dan Nasa keletihan sebab sekolah pagi dan petang, saya tetap panjatkan doa agar mereka ini terus sihat dan dibekalkan hati yang tawaduq pada ilahi.

Seperti biasa, sebelum ke sekolah saya pesan Addin untuk membaca 4 Qul. Teringat saya pesan seorang ustaz, jika kita berpegang dengan 4 surah ini, insyaALLAH hati kita dipegang oleh ALLAH dengan sebaiknya dan dipelihara walau di mana sahaja kita berada.

Sekolah pun dah mula , sebelum tidur Addin perlu makan supplement...saya bekalkan GLA dan Omega beserta secawan ESP + meal shake. Sebelum ke sekolah saya hanya berikan secawan ESP+ Meal Shake dan PD supaya dia tak dehydrate dengan aktiviti seharian.

Bila ada kawan-kawan tanya, apa supplement yang sesuai untuk anak, memang saya akan syorkan amik Meal Shake dan Omega sahaja sebagai permulaan dan hakikatnya ia memadai. Kecuali mempunyai lebihan rezeki then boleh tambah Performance drink.

Meal Shake adalah kandungan protien + multivitamin yang lengkap. Ianya membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat serta bagus untuk perkembangan otak. Omega sangat perlu untuk keperluan DHA otak ditambah mereka perlu belajar banyak perkara baru di sekolah dan perlu banyak menghafal.



Pada saya, tak salah bekalkan mereka dengan supplement jika ia membantu anak kita sihat dan lebih produktif dalam pembelajaran mereka. Kita bekerja pun memang nak berikan anak yang terbaik :)

Sekarang saya pun dah mula memberikan Aiman dan Wawa Mealshake dan Omega..nyata mereka amat suka sekali dengan rasanya..terutama Mealshake..adakala sebagai ganjaran saya tambahkan sedikit air batu buat ala2 ice blended gitu..:) Nanti, di post yang lain saya akan ceritakan tentang hasil yang dapat dilihat pada anak2 saya semasa mengambil Mealshake dan Omega..tungguuu!! Doakan yang terbaik buat mereka..






Boleh email kepada saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2027007 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Thursday, March 15, 2012

Tips membeli set penyusuan yang sesuai dengan anda!


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saya dapati ramai ibu yang kini prihatin dengan penyusuan susuibu. Hakikatnya penyusuan susuibu bukanlah berkisar tentang stok susuibu beku semata-mata, tetapi kepada kesinambungan usaha ibu untuk kekal sihat dan mampu menghasilkan terus susuibu serta menjadi seorang isteri yang baik kepada seorang suami.

Pada saya, tidaklah hebat mana seorang ibu itu jika ia mampu hasilkan banyak stok susuibu sehingga penuh deep freezer namun disebalik itu, si ibu itu mempunyai masalah dalaman iaitu tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang isteri atas alasan kedinginan, kulit wajah yang kusam, bentuk badan yang hilang keanjalan serta kesihatan yang tidak seimbang.

Maka pengambilan vitamin sebenarnya bukanlah untuk banyakkan susuibu. Walaupun vitamin telah diyakini ramai ibu membantu penghasilan susuibu dengan cepat namun sebelum anda membeli, pastikan anda tahu set mana yang sesuai dengan anda dan budget anda. Jangan terikut2 dengan orang lain kerana hanya kita yang tahu kekuatan dan kemampuan kita.




1. Set B : Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa

Tips membeli : Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan dan bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu namun si ibu perlu banyak minum air masak.
Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
Set ini hanya sesuai untuk mereka yang mahu memastikan nutrisi susuibu terjaga dengan baik.



2. Set Eu Four Pack : Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium.
Tips membeli : Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS). Ia juga sesuai untuk ibu yang bekerja dan sering merasa keletihan melampau, mood yang cepat berubah dan mereka yang ada masalah tekanan.

Tidak kurang juga set ini sesuai untuk ibu yang sering sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi.






3. Set E : Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa 


Tips membeli : Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya. Namun jika pengambilan alfalfa membuatkan baby cirit, sila pastikan anda dapatkan nasihat dari pengedar anda.


4. Set 3M : Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP. 


Tips membeli : Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. 
Set ini juga  sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat. 
Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 
Saya juga syorkan ibu2 yang mempunyai bayi kembar mendapatkan set ini kerana ia sangat membantu anda sihat, mampu mengawal tekanan dan badan juga mampu menghasilkan susuibu dengan cepat provided anda kerap mengepam dan memenuhi 3 syarat penyusuan.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 


Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.





Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007.


credit to: kak N






Monday, March 12, 2012

SET HAMIL!


Salam semua..

Khusus untuk ibu mengandung, Shaklee mempunyai vitamin yang sesuai di sepanjang kehamilan anda..Usah ragui tentang set Hamil ini kerana yang pastinya ia mampu memberi manfaat kepada anda dan bayi yang bakal lahir..Apakah manfaatnya? Nanti saya ceritakan di bawah..Sebelum itu, mari baca dulu salah seorang pelanggan Shaklee tentang pengambilan set Hamil Shaklee..



 
Seperti yang saya janjikan, saya akan menerangkan manfaat yang terdapat di dalam set Hamil ini..Check it out! :)

 Vitalea *: Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex* : lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan sepanjang kehamilan.

Vitamin C* : perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Memandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matahari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.



 Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.


 Namun, ada lagi satu suplemen yang sesuai di ambil bersama set ini!


Protein adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protein. 
Memang benar protein boleh didapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.
Selain itu pengambilan sumber protein yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.
Keperluan protein yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.
Memadai 2-3 sudu besar ESP*sehari semasa mengandung.




---------------------------------------------------------------------

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.
 
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna produk ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Oh, saya HAMIL!


Apabila diri telah disahkan mengandung, macam-macam yang berlegar di dalam kepala anda. Apa yang patut saya makan? Boleh ke saya makan makanan kegemaran saya lagi? Sesuai ke makan tu, makan ni? Perlu ke ambil tu, ambil ni? hahaha... Semuanya adala 1001 soalan yang boleh membuatkan jiwa bakal ibu (dan juga bakal bapa) stress! Itu baru melibatkan pemakanan.


Secara jujurnya, ada yang tidak pernah ambil kisah tentang apa yang dia nak makan. Ada yang akan makan ikut tekak, dan selagi ia mampu masuk melalui tekak dan seterusnya berada di dalam perut! Ada setengah juga yang akan mengambil kira pemakanannya mengikut piramid makanan. 






Piramid makanan ini memang bagus. Namun berapa ramai antara kita yang dapat menginterpretasikan piramid ini. Berapa banyak sebenarnya yang diperlukan oleh tubuh? Berapa kalori yang terhasil dari setiap portion? Kalau dicarigali di internet, anda pasti jumpa nilai-nilai itu. Ya, ia ada merata-rata. Namun, berapa ramai yang pasti makanan yang akan masuk itu pasti membawa nilai yang sama dengan yang tertulis pada skrin atau kertas itu?

Berapa ramai yang pasti nutrisi pada sayuran masih kekal sepanjang perjalanannya dari kebun ke rumah anda? Dengan proses penyimpanan, sejuk beku dan pelbagai lagi proses yang dilalui oleh sayuran itu, anda pasti kandungan nutrisinya masih tetap sama? Lainlah kalau anda yang tanam sendiri depan rumah, cabut dan terus masak. 

Oh ye, semasa anda memasak, adakah anda pasti anda telah menggunakan teknik memotong yang betul? Besar atau kecil api yang anda gunakan? Lebih minyak atau kurang minyak? Jika anda benar-benar pasti anda telah mengikut segala yang disarankan oleh chef, alhamdulillah, nutrisi yang ada dapat dikekalkan. Tapi masih pastikah ia masih 100%? Apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan diri anda mendapat 100% nutrisi dari setiap makanan? Makanan selalu? Makan sekerapnya?


Anda ialah apa yang anda fikirkan dan yang anda ingin. Dan hanya anda yang tahu apa yang berlaku di dalam tubuh anda! Tidak orang lain. Keperluan bagi setiap insan adalah berbeza mengikut aktiviti dan cara hidup masing. 
Oleh yang demikian, vitamin yang disarankan diambil sewaktu mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi( penting untuk pembesaran si kecil dan pembinaan sel darah merah), B complex, Vitamin C dan Kalsium. Vitamin2 ini penting untuk kesihatan si ibu dan waktu yang sama akan disalurkan kepada bayi yang berada dalam kandungan ibu.


Di sini, saya telah menyediakan pakej untuk ibu yang hamil dan mahu kekal sihat!


SET 1 - 1st Trimester
30 tabs Vitalea @ Multivitamin
30 tabs B complex
30 tabs Vitamin C
1 bottle of Ostematrix (Kalsium Magnesium)

SET 2 - 2nd Trimester
30 tabs Vitalea @ Multivitamin
30 tabs B complex
30 tabs Vitamin C
30's capsule OMEGA GUARD
1 bottle of Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Seperti biasa, harga termasuk pos dan anda juga akan mendapat hadiah percuma!
Saya akan berceritakan apakah manfaat Set Hamil ini di post yang akan datang..:)
Anda boleh mendapatkan Set Hamil melalui saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau sms saya di 0192027007. Jangan lupa untuk LIKE page http://www.facebook.com/IbuWawaLawa.CantikSihatSemulajadi.

Friday, March 9, 2012

Renungan: Kalam Agung Makanan Jiwa

Salam jumaat semua..

Selain daripada badan kita yang memerlukan makanan tambahan, jiwa kita juga perlu diberikan pengisian dengan ayat-ayat Al-Quran. Justeru itu, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengisian yang dapat ditaburkan di jiwa kita agar jiwa kita lebih tenang, yakin, bersih dalam menjalankan ibadah kita sehari-hari.

Al-Quran mengandungi 6,666 ayat menjadi panduan hidup umat manusia yang berperanan sebagai penawar pelbagai penyakit. Ketahui antara surah yang boleh dijadikan amalan harian bukan sekadar sebagai pelindung daripada bahaya dan malapetaka syaitan dan manusia malah merupakan kaedah membasahkan lidah mengingatiNYA..

  • Surah Al-Fatihah 
Amalkan membaca surah ini sebelum tidur diikuti dengan membaca surah Al-Ikhlas 3 x, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

  • Surah Yaasin
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a)

  • Surah Al-Waqi'ah
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, Insya Allah tidak akan merasai kepapaan.

  • Surah Al-Khaafiruun
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca 1/4 Al-Quran dan terlepas daripada syirik, godaan syaitan serta peristiwa yang mengejutkan. (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur bacalah surah ini agar kita mati dalam iman.

  • Surah Al-Mulk
Mereka yang mengamalkan membaca surah ini mendapat syafaat dan keampunan. Mereka yang membacanya setiap malam, Insya Allah akan terselamat daripada azab kubur.

Semoga ia dapat menjadi amalan kita seharian (terutamanya saya) dan semoga kehidupan kita diberkati olehNYA.. 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri kita sendiri yang sering alpa..

Sekian, wassalam..

Thursday, March 8, 2012

Kongsi: The Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan

Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan? Ramai yang tidak tahu tentang healing crisis..

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.

Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..

Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bial dicat baru, kereta kita cantik kembali.

Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk 'mencantikkan' sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu... seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Dan sebagainya..

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.

Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:
  • Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula 'memperbaiki'nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik!

Kongsi fakta: Kesilapan Menilai Suplemen Vitamin


Tidak dinafikan, bila bercakap tentang suplemen dan vitamin, ramai yang mencebik bibir. Malah ramai yang takut overdose dan sebagainya. Di sini saya cuba kongsikan kesilapan2 menilai suplemen vitamin, dan tips-tips agar kita semua dapat membuat pilihan terbaik dan sewajarnya.

1. Membandingkan suplemen vitamin dengan makanan

Makanan adalah makanan, suplemen adalah suplemen. Pengambilan suplemen tidak bermakna anda tak perlu makan, atau boleh makan makanan rapu. Suplemen adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk menambah baik pemakanan sihat anda.

Walau anda mengambil vitamin dari A sampai Z pun, anda harus makanan makanan sihat.

2. Tidak mengetahui hakikat suplemen yang sebenar

Suplemen, makanan tambahan, merujuk kepada semua makanan kesihatan yang bukan makanan utama. Suplemen bukan tertakluk kepada vitamin dalam bentuk pil sahaja, malah semua sekali termasuk jamu, minuman tenaga dan sebagainya.

Suplemen yang berbahaya boleh jadi suplemen dari bahan sintetik, atau 'suplemen' dari bahan2 yang tidak diketahui sumbernya.

3. Keperluan suplemen bukan pilihan

Kita boleh makan sayur dan buah berkilo-kilo setiap hari. Tapi tahukah anda khasiat buat hari ini tidak sama dengan 30 tahun lepas, di mana tanah pertanian mengalami kekurangan sumber galian. Tambahan pula proses pemetikan yang mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayur itu sendiri.

Tahukah anda buah-buah dipetik semasa belum masak? Tahukah anda bahawa buah yang belum masak tidak mempunyai nilai nutrien yang optimum?

Seperti seorang bayi pramatang, dia perlukan pelbagai support kerana tubuhnya masih belum mampu untuk bekerja dengan sendiri. Begitu juga dengan buah-buahan yang kita makan.

4. Semua penyakit bermula dari perut

Hakikatnya, kita bukan saja makan makanan kurang berkhasiat (makan rapu, fastfood) tapi kurang nutrisi dibandingkan zaman datuk nenek kita dulu. Makanan kita sudah tidak mampu untuk 'cover' radikal bebas yang terhasil dalam setiap tindakbalas sel, ditambah pula ia semakin rancak dengan pencemaran yang kita sedut setiap hari.

Jadi kita perlu makan antioksidan bagi mengurangkan gejala ini.

5. Suplemen vitamin bukan ubat

Ubat kita makan semasa sakit, vitamin kita makan semasa sihat. Suplemen vitamin adalah pencegahan untuk pelbagai penyakit. Bila dah sakit, makanlah vitamin apa pun, anda takkan sembuh dengan cepat, sebab vitamin tindakannya perlahan..

6. Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi

Adakah semua vitamin sama? Tidak. Badan kita memerlukan sumber makanan untuk ia bertindakbalas dan mengambil kebaikan darinya. Pengambilan vitamin sintetik ( bukan dari sumber makanan) memberi kesan tidak elok kepada tubuh dalam jangkamasa yang lama.

Oleh itu pilihlah vitamin semulajadi, yang dibuat dari bahan-bahan makanan agar tubuh kita dapat menggunakannya dengan optimum dan tidak mendatangkan mudarat di masa depan.

Tanya diri anda, adakah anda sudah bijak menilai suplemen vitamin?

Dapatkan maklumat tentang vitamin dan sebarang suplemen di tempat yang betul. Hakikatnya ramai orang yang anti-vitamin dan keliru antara kesan sampingan dan krisis penyembuhan. Jadi, tujukan soalan anda kepada sumber yang tepat ^__^

Dicatat oleh Mommy Lyna (www.vitaminsemulajadi.net)

Wednesday, March 7, 2012

Tiada lagi sembelit, tiada lagi kejang dan hidup lebih sihat dengan Oste!

  These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit to: kak N

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, berikan diri anda peluang menikmati kesihatan yang lebih baik dengan Ostematrix Shaklee. Ia sangat membantu kita rasa lawas dan selesa. Selama 3 tahun ostematrix telah diperkenalkan, ia adalah antara vitamin yang paling saya dan seluruh keluarga suka.

Ostematrix buat saya bertenaga dan mudah bangun dari tidur. Suami saya akan pastikan ostematrix antara vitamin yang perlu bawa apabila beliau bekerja dan travel atas urusan meeting. Masakan tidak, walaupun tidur jam 12 malam, kita mudah bangun pada waktu yang kita tetapkan untuk bangun. Bagi suami isteri yang bekerja, sangat digalakkan amalkan pengambilan Ostematrix setiap hari.



Saya mula jatuh cinta dengan Ostematrix Shaklee 3 tahun dahulu. Masa tu saya mengadu dengan kawan bahawa saya kesian dengan suami saya yang banyak travel oversea yang menyebabkan suami saya keletihan [ jet lag]. Maka kawan saya suggest saya berikan suami saya Ostematrix Shaklee kerana katanya ia bantu untuk kurangkan masalah keletihan akibat travel. Siapa sangka, sejak dari itu kami sekeluarga sentiasa pastikan ada 2-3 botol Ostematrix di rumah agar ia dapat dikongsi bersama seluruh ahli keluarga.

Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal.


Cikgu kat sekolah dulu selalu tekankan, jangan lupa minum susu agar gigi dan tulang kita kuat. Tapi hakikatnya kalsium bukan hanya untuk itu.

Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung.

Percaya tak, ostematrix antara vitamin yang bantu banyakkan susu buat ibu yang menyusu? Bagi yang menyusu, ianya membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.


Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu ia antara vitamin yang dimasukkan dalam pek 3M. Dalam alfalfa turut ada mengandungi kalsium tetapi dalam nisbah yang sedikit. Kekangan alfalfa bila ambil dengan banyak tetapi kurang air akan buat sembelit ditambah susu akan berkurang dengan sendirinya. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu bergantung dengan alfalfa semata-mata untuk sumber kalsium.

Dalam ESP Shaklee juga mengandungi kalsium. Sebab itu set B+ ESP hasilnya juga sama dengan Set B + Ostematrix.

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee, cubalah dapatkannya supaya anda rasakan perbezaannya. Saya jamin, anda akan sangat berpuashati dengan Ostematrix. Berikan diri anda peluang untuk nikmati kesihatan yang lebih hebat.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara supplement formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!

Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL !

Jom dapatkannya hari ini!


Boleh email kepada saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2027007 untuk konsultasi percuma.

Thursday, March 1, 2012

Check list untuk ibu yang mahu berjaya dalam penyusuan.

credit: Ibu Addin Nasa

Benarlah kata orang...untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.

Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.

Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita , kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. Susu yang keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.
Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan 

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. 

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan  ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.
Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt.

 
3. Kekerapan penyusuan.

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak
tidak akan berlaku.


4. Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu...penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.



Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.

Mengapa supplemen tidak berkesan?

Sebab dan musababnya..

Share from: Ibu Addin

Jujurnya pada pendapat ibu secara peribadi:
Supplement membantu ibu menjayakan penyusuan. Ibu nampak hasil yang ketara ke atas kedua2 putera ibu, Addin dan Nasa. Masih ibu ingat bila ibu melalui saat2 sukar di Maktab...menjadi bahan contoh dan perli oleh pensyarah, ibu akan banyakkan beristighfar, solat sunat serta telan vitamin B banyak supaya mood ibu balik semula kepada gembira. Ibu memang sanggup balik tengahari untuk menyusukan abang Addin tika itu. Nasib baik ada jalan pintas Pujut Padang Kerbau tu... memang pecut ibu balik bukan untuk makan tengahari tetapi untuk menyusukan abang Addin sehinggalah umurnya 3 tahun 2 bulan. Lambat jek balik breast ibu bengkak macam dalam pantang sehingga Kak Asmah , babysitter abang Addin menegur setiap kali ibu susukan abang Addin dirumahnya.

Samalah dengan Nasa cuma Nasa ibu susukan sehingga 2 tahun 6 bulan sahaja walhal target ibu ialah 3 tahun macam abang Addin tapi Nasa sendiri yang nak wean off atas alasan dah besar....

Namun terdapat beberapa kes  si ibu yang mendapati supplement tidak membantunya dalam penyusuan; setelah ibu study kes mereka dan hasil yang ibu dapati ialah:

KES SATU; 
Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air..keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement. Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.
Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.


KES KEDUA :

Pengambilan supplement membuatkan susu saya PEKAT tetapi kurang dari segi kuantiti.

Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplement. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak.  Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.
Macam ibu sendiri....ibu suka makan vitamin sekaligus pada waktu malam after dinner. Tetapi sebelum tido ibu pastikan ibu minum 2 liter. Alhamdulillah nampak gaya Addin dan Nasa pun dah ikut jejak ibu sebelum tido minum air kosong sebanyak boleh....hehehehe.
Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 pm dan perahan berikutnya.
Mengapa ianya terjadi?
Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air....namun selepas jam 2 pm si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.
Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes KEDUA ini apa yang boleh ibu sarankan ialah:
Selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari....ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.
Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, ibu akan menjawab ibu mengambil waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur namun ibu sentiasa memastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum ibu tidur. Sehingga kini sudah menjadi amalan bagi ibu walau tidak menyusu lagi. alhamdulillah.

KES KETIGA
Tiada perubahan langsung

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH  atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?
Ada satu kes yang ibu study...si ibu ini tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin. Setelah ditanya dan diselidiki...si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.

Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.

Bagi kalian yang mempunyai kemusykilan tentang vitamin bolehlah menghubungi saya ditalian 019-2027007 atau emailkan kepada ibu.wawalawa@gmail.com.