Showing posts with label HAMIL. Show all posts
Showing posts with label HAMIL. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Mengapa Wanita Hamil Perlu Bersenam?


Seringkali kita dengar wanita hamil tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja yang berat dan lasak. Apatahlagi jika kandungan itu bermasalah, doktor menasihatkan supaya banyak berehat. Adakah senaman sewaktu hamil dikategorikan sebagai melakukan kerja berat?





Semasa hamil bukanlah alasan untuk tidak bersenam. Sebenarnya walau ketika mengandung sekalipun anda masih boleh bersenam tetapi haruslah mengikut langkah senaman yang bersesuaian. Menurut Majalah Rapi (Edisi 1 Jan 2013/Bil 203), banyak kebaikan yang boleh diperolehi apabila anda bersenam antaranya mengurangkan sakit belakang, meregangkan otot-otot tubuh serta dapat menenangkan minda selain membantu menambah stamina.

Senaman boleh mengurangkan tekanan dan membina stamina yang diperlukan untuk proses bersalin. Jika tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, wanita hamil boleh cuba untuk bersenam sekurang-kurangnya 30minit sehari atau tiga hingga empat kali seminggu. Wanita hamil yang bersenam secara teratur akan mempunyai otot, jantung dan sendi yang lebih kuat. Ia juga mengurangkan risiko kematian pra matang, serangan sakit jantung dan penyakit serius yang lain.

Namun dapatkan nasihat dari pihak doktor sebelum anda mencuba sebarang program senamanAnda mungkin mengalami masalah perubatan yang boleh menghalang anda daripada bersenam seperti uri rendah dan sebagainya. Elakkan aktiviti atau senaman yang terlalu lasak.

Jenis-jenis Senaman Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Hamil:
  • senaman regangan
  • senaman peredaran darah
  • senaman kaki
  • senaman tangan
  • senaman pernafasan
  • senaman regangan belakang
  • senaman leher
  • senaman abdomen (perut)
  • senaman pelvis (senaman mengangkat punggung)
  • senaman otot-otot pelvis (otot-otot punggung) 

Berjalan, berjoging, berenang dan kelas antenatal untuk ibu hamil serta berbasikal di atas basikal senaman adalah senaman yang baik dan selamat asalkan and atidak berlebihan melakukannya. Yoga dan Pilates juga ideal namun anda perlulah mendapatkan guru yang berdaftar dan berkelayakan serta berpengalaman mengajar wanita hamil.




Antara Faedah Bersenam Ketika Hamil:
  • Meningkatkan pemulihan selepas bersalin. Wanita hamil yang tidak bersenam mungkin memerlukan masa sekitar dua bulan untuk pulih manakala wanita yang bersenam ketika hamil mungkin kurang daripada sebulan.
  • Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa hamil.
  • Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin.
  • Mengurangkan risiko pembedahan Caesarean semasa proses melahirkan.
  • Memudahkan proses melahirkan anak.



 Matlamat bersenam ketika mengandung bukan untuk menguruskan badan tetapi adalah untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan secara menyeluruh. Adalah penting sentiasa kekal cergas ketika menjalankan aktiviti seharian. Disyorkan bersenam semasa tempoh hamil tetapi kurangkan bilangan senaman apabila kandungan semakin membesar.

Sumber daripada: Majalah Rapi (Edisi Januari 2013/Bil 203)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.




Sunday, November 11, 2012

Bahayanya Asid Folik Sintetik Terhadap Ibu dan Bayi!

Asid folik dan ibu mengandung tidak boleh dipisahkan. Begitu sinonim. Apabila mula mengandung, doktor akan membekalkan kita asid folik kerana asid folik, yakni sejenis vitamin B penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan spina bifida. 
Asid folik adalah sejenis vitamin B yang mengawalselia sinstesis DNA dan gen. Oleh sebab itu asid folik amat penting dalam perkembangan fetus. Ia amat penting pada awal kehamilan bagi mengelakkan kerosakan tiub neural, atau spina bifida.
Walau bagaimanapun, terdapat 99% asid folik di pasaran adalah dari jenis sintetik. Asid folik yang diperbuat daripada pteroylglutamic acid yang tidak samasekali bersamaan dengan folate, yakni asid folik yang terjadi secara semulajadi dalam tumbuhan seperi bayam, sawi dan brokoli.
Kajian saintifik telah mendedahkan bahawa pengambilan asid folik sintetik memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi yang dikandung:
  • Para pengkaji membuat penelitian ke atas wanita yang mengambil asid folik selama 30 tahun, mereka mendapati wanita2 ini berisiko 2 kali ganda untuk menghidap kanser payudara
  • Satu kajian lain mendapati selepas 10 tahu, wanita yang mengambil asid folik mempunyai 20-30% lebih tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara
  • Asid folik sintetik kemungkinan menyumbang kepada ‘penggalak kanser’ dalam tubuh
  • Asid folik sintetik juga dikaitkan dengan peningkatan kanser prostat dan kolorektal
  • Asid folik sintetik semasa mengandung berkait rapat dengan masalah asma di kalangan kanak-kanak, masalah jangkitan saluran pernafasan dan pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak
Walaubagaimanapun, asid folik dalam bentuk semulajadi amat penting untuk wanita dan kanak-kanak. Ibu yang mengambil asid folik bukan dari sumber sintetik didapati kurang risiko mengidap ADHD (hyperaktif). Banyak kajian mencadangkan asid folik dalam bentuk folate merendahkan risiko kanser di kalangan kanak-kanak.

Shaklee B Complex dengan asid folik yang mempunyai bioavailabiliti yang tinggi, adalah asid folik natural yang pertama dalam bentuk supplement. Bioavailabiliti adalah keupayaan nutrient tersebut diserap oleh tubuh, dan pastinya ia bukan sintetik.
Dapatkan hanya yang terbaik untuk anda (ibu) dan juga bayi yang dikandung. Buatlah pilihan yang tepat.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, September 24, 2012

Tips Hamil Cepat Dengan GLA Complex

Salam semua..

Hari ni terpanggil nak menulis tentang kehamilan..setiap pasangan inginkan anak bagi melengkapkan sesebuah perkahwinan. Bila menyebut tentang anak, berkait rapat soal rezeki. Andai ada rezeki, maka cepatlah Allah makbulkan permintaan pasangan itu. Andai tiada, itu bermakna rezeki itu Allah belum berikan lagi. Mungkin kita perlu berbalik kepada diri kita sendiri. Mungkin kurang usaha, kurang amalan padaNYA dan sebagainya..tepuk dada tanya iman ;)

Di sini, saya nak share satu perkongsian yang hebat daripada Master Lyna;



Jadi bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?
shaklee gla complex
Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.

Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.
GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.

Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:
  1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
  2. Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.
  3. Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  4. Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
  5. Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.
  6. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
  7. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
  8. Jika tidak, ulangi proses tersebut.
Semoga berjaya!
Sekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal menimangnya insya-Allah.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan/pesanan.
 
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Saturday, May 5, 2012

Supplement dan Vitamin Semasa Hamil

Tatkala disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi memberikan bayi yang bakal dilahirkannya.

Salah satu perkara yang menjadi lumrah di kala hamil ialah pengambilan supplement. Namun, terdapat bakal2 ibu yang masih ragu2 dengan pengambilan supplement, meskipun yang diberi oleh klinik/hospital yang dikunjungi tatkala lawatan ante-natal. Ini adalah kerana beberapa tohmahan tentang supplement dan vitamin, misalnya:
“Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar”
“Vitamin semasa mengandung menggemukkan”

Apakah sebenarnya tujuan pengambilan supplement dan vitamin semasa hamil?

 

Vitamin A

  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan
*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.
Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea
Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax

 

Vitamin B Complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

i) Vitamin B1 (thiamine)
  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes
ii) Vitamin B2 (riboflavin)
  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak
iii) Vitamin B3 (niasin)
  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan
iv) Vitamin B5 (pathotenic acid)
  • mengelakkan kekejangan otot
v) Vitamin B6 (pyriodoxine)
  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu
vi) Vitamin B9 (folic acid)
  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah
vii) Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan
Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex

Vitamin C

  • Membantu menyerap zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
  • Mencegah selesema
Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released


Vitamin D

  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot
Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Vitamin E

  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan
Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex

Vitamin K

  • penting untuk pembekuan darah
  • mengurangkan risiso pendarahan
Produk Shaklee untuk vitamin K : Vitalea

Hubungi saya di 0192027007 atau ibu.wawalawa@gmail.com untuk maklumat lanjut.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, March 12, 2012

Oh, saya HAMIL!


Apabila diri telah disahkan mengandung, macam-macam yang berlegar di dalam kepala anda. Apa yang patut saya makan? Boleh ke saya makan makanan kegemaran saya lagi? Sesuai ke makan tu, makan ni? Perlu ke ambil tu, ambil ni? hahaha... Semuanya adala 1001 soalan yang boleh membuatkan jiwa bakal ibu (dan juga bakal bapa) stress! Itu baru melibatkan pemakanan.


Secara jujurnya, ada yang tidak pernah ambil kisah tentang apa yang dia nak makan. Ada yang akan makan ikut tekak, dan selagi ia mampu masuk melalui tekak dan seterusnya berada di dalam perut! Ada setengah juga yang akan mengambil kira pemakanannya mengikut piramid makanan. 






Piramid makanan ini memang bagus. Namun berapa ramai antara kita yang dapat menginterpretasikan piramid ini. Berapa banyak sebenarnya yang diperlukan oleh tubuh? Berapa kalori yang terhasil dari setiap portion? Kalau dicarigali di internet, anda pasti jumpa nilai-nilai itu. Ya, ia ada merata-rata. Namun, berapa ramai yang pasti makanan yang akan masuk itu pasti membawa nilai yang sama dengan yang tertulis pada skrin atau kertas itu?

Berapa ramai yang pasti nutrisi pada sayuran masih kekal sepanjang perjalanannya dari kebun ke rumah anda? Dengan proses penyimpanan, sejuk beku dan pelbagai lagi proses yang dilalui oleh sayuran itu, anda pasti kandungan nutrisinya masih tetap sama? Lainlah kalau anda yang tanam sendiri depan rumah, cabut dan terus masak. 

Oh ye, semasa anda memasak, adakah anda pasti anda telah menggunakan teknik memotong yang betul? Besar atau kecil api yang anda gunakan? Lebih minyak atau kurang minyak? Jika anda benar-benar pasti anda telah mengikut segala yang disarankan oleh chef, alhamdulillah, nutrisi yang ada dapat dikekalkan. Tapi masih pastikah ia masih 100%? Apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan diri anda mendapat 100% nutrisi dari setiap makanan? Makanan selalu? Makan sekerapnya?


Anda ialah apa yang anda fikirkan dan yang anda ingin. Dan hanya anda yang tahu apa yang berlaku di dalam tubuh anda! Tidak orang lain. Keperluan bagi setiap insan adalah berbeza mengikut aktiviti dan cara hidup masing. 
Oleh yang demikian, vitamin yang disarankan diambil sewaktu mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi( penting untuk pembesaran si kecil dan pembinaan sel darah merah), B complex, Vitamin C dan Kalsium. Vitamin2 ini penting untuk kesihatan si ibu dan waktu yang sama akan disalurkan kepada bayi yang berada dalam kandungan ibu.


Di sini, saya telah menyediakan pakej untuk ibu yang hamil dan mahu kekal sihat!


SET 1 - 1st Trimester
30 tabs Vitalea @ Multivitamin
30 tabs B complex
30 tabs Vitamin C
1 bottle of Ostematrix (Kalsium Magnesium)

SET 2 - 2nd Trimester
30 tabs Vitalea @ Multivitamin
30 tabs B complex
30 tabs Vitamin C
30's capsule OMEGA GUARD
1 bottle of Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Seperti biasa, harga termasuk pos dan anda juga akan mendapat hadiah percuma!
Saya akan berceritakan apakah manfaat Set Hamil ini di post yang akan datang..:)
Anda boleh mendapatkan Set Hamil melalui saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau sms saya di 0192027007. Jangan lupa untuk LIKE page http://www.facebook.com/IbuWawaLawa.CantikSihatSemulajadi.