Showing posts with label FAKTA VITAMIN. Show all posts
Showing posts with label FAKTA VITAMIN. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Vitamin / Supplemen adalah perkara WAJIB kini!


Salam semua..

Tengok pada tajuk di atas mesti semua tertanya-tanya kenapa supplemen wajib diletakkan dalam senarai keperluan masa kini. Di bawah ini saya nyatakan mengapa vitamin adalah penting. Apatahlagi di zaman sekarang yang terdapat pelbagai penyakit, terdedah dengan keadaan yang tidak sihat, sewajarnya pengambilan supplemen atau vitamin tidak boleh dipandang ringan.

Mengapa Vitamin / Supplemen adalah penting?

  • Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur
  • Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak
  • Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan
  • Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda
  • Anda mungkin terlalu kerap makan di luar
  • Gaya hidup anda tidak aktif
  • Pekerjaan anda banyak STRESS
  • Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan lain

Siapakah yang sangat perlu kepada vitamin?


  • Pengidap penyakit yang tenat
  • Orang yang memelihara diet makanan
  • Orang yang terlalu banyak alahan "alergi" terhadap makanan harian
  • Kanak-kanak yang membesar
  • Remaja yang meningkat usia / pelajar sekolah
  • Ibu dan ibu yang hamil
  • Orang-orang tua yang lanjut umur
  • Ahli sukan
  • Mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang "stress"
  • Selepas pembedahan
  • Pekerja shift yang tidak menentu masa
  • Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan

Namun begitu, pemilihan suatu makanan tambahan adalah sangat berbeza dari pemilihan membeli kereta. Kita boleh tahu bila kereta itu tidak berfungsi dengan baik. Jika rosak, ia boleh dibaiki atau diganti. Kesilapan membeli makanan tambahan menyebabkan kesan jangka panjang. Tiada penyakit yang terjadi semalaman. Ketahui apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda kerana kesihatan anda beberapa tahun lagi adalah akibat dari apa yang anda makan sekarang! Pilih untuk kebaikan! Pilih untuk sihat!

Dapatkan vitamin / supplemen anda sekarang! Anda mampu mengubahnya!

----------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, March 8, 2012

Kongsi fakta: Kesilapan Menilai Suplemen Vitamin


Tidak dinafikan, bila bercakap tentang suplemen dan vitamin, ramai yang mencebik bibir. Malah ramai yang takut overdose dan sebagainya. Di sini saya cuba kongsikan kesilapan2 menilai suplemen vitamin, dan tips-tips agar kita semua dapat membuat pilihan terbaik dan sewajarnya.

1. Membandingkan suplemen vitamin dengan makanan

Makanan adalah makanan, suplemen adalah suplemen. Pengambilan suplemen tidak bermakna anda tak perlu makan, atau boleh makan makanan rapu. Suplemen adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk menambah baik pemakanan sihat anda.

Walau anda mengambil vitamin dari A sampai Z pun, anda harus makanan makanan sihat.

2. Tidak mengetahui hakikat suplemen yang sebenar

Suplemen, makanan tambahan, merujuk kepada semua makanan kesihatan yang bukan makanan utama. Suplemen bukan tertakluk kepada vitamin dalam bentuk pil sahaja, malah semua sekali termasuk jamu, minuman tenaga dan sebagainya.

Suplemen yang berbahaya boleh jadi suplemen dari bahan sintetik, atau 'suplemen' dari bahan2 yang tidak diketahui sumbernya.

3. Keperluan suplemen bukan pilihan

Kita boleh makan sayur dan buah berkilo-kilo setiap hari. Tapi tahukah anda khasiat buat hari ini tidak sama dengan 30 tahun lepas, di mana tanah pertanian mengalami kekurangan sumber galian. Tambahan pula proses pemetikan yang mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayur itu sendiri.

Tahukah anda buah-buah dipetik semasa belum masak? Tahukah anda bahawa buah yang belum masak tidak mempunyai nilai nutrien yang optimum?

Seperti seorang bayi pramatang, dia perlukan pelbagai support kerana tubuhnya masih belum mampu untuk bekerja dengan sendiri. Begitu juga dengan buah-buahan yang kita makan.

4. Semua penyakit bermula dari perut

Hakikatnya, kita bukan saja makan makanan kurang berkhasiat (makan rapu, fastfood) tapi kurang nutrisi dibandingkan zaman datuk nenek kita dulu. Makanan kita sudah tidak mampu untuk 'cover' radikal bebas yang terhasil dalam setiap tindakbalas sel, ditambah pula ia semakin rancak dengan pencemaran yang kita sedut setiap hari.

Jadi kita perlu makan antioksidan bagi mengurangkan gejala ini.

5. Suplemen vitamin bukan ubat

Ubat kita makan semasa sakit, vitamin kita makan semasa sihat. Suplemen vitamin adalah pencegahan untuk pelbagai penyakit. Bila dah sakit, makanlah vitamin apa pun, anda takkan sembuh dengan cepat, sebab vitamin tindakannya perlahan..

6. Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi

Adakah semua vitamin sama? Tidak. Badan kita memerlukan sumber makanan untuk ia bertindakbalas dan mengambil kebaikan darinya. Pengambilan vitamin sintetik ( bukan dari sumber makanan) memberi kesan tidak elok kepada tubuh dalam jangkamasa yang lama.

Oleh itu pilihlah vitamin semulajadi, yang dibuat dari bahan-bahan makanan agar tubuh kita dapat menggunakannya dengan optimum dan tidak mendatangkan mudarat di masa depan.

Tanya diri anda, adakah anda sudah bijak menilai suplemen vitamin?

Dapatkan maklumat tentang vitamin dan sebarang suplemen di tempat yang betul. Hakikatnya ramai orang yang anti-vitamin dan keliru antara kesan sampingan dan krisis penyembuhan. Jadi, tujukan soalan anda kepada sumber yang tepat ^__^

Dicatat oleh Mommy Lyna (www.vitaminsemulajadi.net)