Showing posts with label KURUS. Show all posts
Showing posts with label KURUS. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Omega Guard Boleh Bakar Lemak?!

Salam semua..

Sekarang ini saya masih lagi dalam tempoh untuk menurunkan berat badan. Ingat tak entry saya yang dulu pasal cabaran redah kasi pecah lemak degil saya tu? Bersempena dengan promosi bulan Februari ini iaitu Omega Guard, saya telah memasukkan supplemen ini ke dalam pengambilan supplemen seharian saya. Ini kerana Omega Guard dikatakan boleh membakar lemak. Wah, best ni! Tapi kita harus lihat dulu bagaimana Omega Guard ini berfungsi sebagai pembakar lemak.





Perkongsian dari blog kawan saya; Fiza ada menyatakan bagaimana Omega Guard boleh membakar lemak.

Bagaimana Omega Guard Bakar Lemak

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Sumber LEMAK BAIK adalah dari pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah asid lemak Omega 3.
 
Omega (minyak ikan) mengandungi asid lemak Omega 3, yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.
 
Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, asid lemak Omega 3 secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan asid lemak Omega 3 menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.
*sumber: Livestrong
 
Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar. Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3!
 
Jadi, saya rasa Omega Guard sesuai untuk dijadikan salah satu supplemen yang boleh diambil dalam tempoh berdiet atau menguruskan badan. Cuma, saya nak ingatkan pengambilan supplemen ini perlu disusuli juga dengan pengambilan air yang banyak. Ini kerana pengambilan 3 biji Omega Guard sehari membuatkan anda akan berasa dahaga. 
 
Jom dapatkan sebotol hari ini! Atau boleh juga beli dengan promosi bulan Februari ini.

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, March 30, 2012

Kenapa Bertambah Gemuk Selepas Makan Vitamin?

Sedikit perkongsian dari MommyLyna:


Walaupun saya dan ramai orang menjadi kurus, turun berat badan selepas mengambil suplemen, namun ada yang tak kurus-kurus, malah makin naik. Apakah benar orang kata bila makan suplemen selera makan naik membuak dan badan boleh naik?

Pengalaman saya, OK saya tak pastilah sebab suplemen ke sebab menyusu anak ke.. Tapi saya memang makan banyak. Kalau di pejabat tu sepanjang2 masa kena ada makanan atas meja. Biskut tak jalan, mau yanh jenis2 roti. Tapi badan saya makin kerempeng.

Vitamin dan mineral tak sepatutnya menaikkan berat badan, kerana ia tidak mengandungi kalori, tapi kemungkinan penyebab berat badan naik lepas ambil vitamin ialah:
- Multivitamin yang mengandungi B Complex memberikan mood tenang dan mengawal stress. Bila tak stress, mungkin ia mendorong untuk makan dengan berselera.
- Mindset bila ambil vitamin rasa macam dah cover semua keperluan tubuh, jadi tak agak2 nak makan makanan rapu.
- Badan rasa lebih bertenaga, berbanding sebelumnya banyak tidur dan rehat, bila dah ambil vitamin, badan tak rasa lesu lagi. Jadi masa jaga yang lebih banyak mendorong untuk makan/minum lebih dari kebiasaannya.
- Pembakaran lemak menjadi lebih efisyen, dan hasilnya adalah karbon dioksida dan air. Air lebih berat dari lemak. Jadi berat badan mungkin tak turun (atau bertambah naik!) tapi yang berat itu bukan lemak lagi :)
- Otot2 yang berkembang dek lemak yang dibakar. Otot lebih berat dari lemak.

Jadi jangan gelabah bila berat badan dirasakan bertambah/tak turun2 selepas ambil supplement. Anda mungkin mengalami perkara di atas :)

Saturday, February 18, 2012

Kurus dengan OMEGA

Cerita saya nak kurus dengan Omega*

Ramai yang call tidak kurang yang email/ pm bertanya pasal Omega. Mungkin sebelum ini jarang saya menulis tentang Omega, tapi personally saya pastikan Omega memang sentiasa di rumah kerana ia adalah kegemaran anak-anak saya. Saya bekalkan suami saya Omega supaya ia membantu meningkatkan HDL dalam tubuh.
Seorang customer saya ini tidak menyusukan anak. So pada beliau Lecithin tak membantu seperti yang diharapkan. Saya suggestkan Omega ini kerana Omega juga bagus untuk rendahkan kolestrol dan bakar lemak.

Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.

Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.
Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.

Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.


Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.

InsyaALLAH dalam entry akan datang, saya sharekan senaman ringan 10 minit yang boleh kita amalkan untuk dapatkan bentuk badan yang menarik.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui 019 2027007 email ibu.wawalawa@gmail.com

Credit to: Ibu Addinnasa

Dilema: LECITHIN atau OMEGA?

Dilemma ibu menyusu : Lecithin atau Omega.*

 Sejak penulisan saya tentang Omega dan entry ini.... ramai yang email, sms, pm bertanyakan perbezaan antara dua ini terutama bagi ibu yang menyusu. Bagusnya ibu-ibu ini sangat concern, soalan yang mereka tanya ialah " Omega , ibu menyusu boleh amik tak?" Jawapan saya, ya boleh amik dan ia antarayang paling bagus diambil kerana membantu si ibu membekalkan DHA dalam susuibu.

FAKTA OMEGA:


OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.*


OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega-3 yang bermanfaat & semulajadi, di samping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Cerita saya lagi.....

Masa saya belum kawin berat saya cuma 46kg sahaja. Semasa mengandung berat naik 20 kg, dua2 pregnancy berat saya naik 20kg. Semasa menyusu, berat saya max pun 48kg tak pernah lebih. Tapi lepas berhenti, berat naik mendadak....56kg. Ramai yang tegur termasuk mak mertua dan mak sendiri bila perubahan badan saya nampak sangat ketara. Aduhai, sape tak susah hati kan?

Selepas tu saya nekad nak kurus. Saya makan Lecithin pagi, petang dan malam selama seminggu dengan banyak....saya makan banyak buah. Alhamdulillah nampak sedikit perubahan. Turun 3kg permulaan. Namun saya teruskan juga cuma memang kena makan on time. Kalau lambat aje terus lapar macam nak pengsan.


Saya masih amalkan Lecithin dengan berat terkini 51kg. Tapi saya nak cuba dapatkan berat asal iaitu 46kg. Kini saya fokus on Omega pula selepas teruja dengan hasil customer saya. Kenapa sebelum ni saya fokus ngan Lecithin? Sebab kos Omega sedikit mahal berbanding Lecithin. Tapi bak kata customer saya, mahalnya tak la semahal treatment dengan pusat2 kecantikan kurus seperti LWM....balik-balik fikir, betul juga. Duit boleh usaha, so tak salah mencuba.

Apa yang saya amalkan selain makan Omega? Saya pastikan makan buah 2-3 potong sehari. Rumah dekat dengan kedai buah.Kami beli dalam 10 potong untuk satu family 2-3 jenis buah. Senang.
 Kalau anda tak boleh makan buah, minum jus buah 2-3 cawan sehari sebab nak serat dalam air tu. Pastikan air jus tu kurang ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.
Pagi amalkan minum ESP, Meal shake dan Performance drink. Tapi bagi ibu menyusu, kena breakfast ya, sebab ibu menyusu perlu lebih kalori.
Sedikit senaman ringan sangat perlu, terutama menggerakan tangan, berlari anak dan sedikit sit up.

Bagi ibu menyusu, sebenarnya proses penghasilan susu sendiri membantu membakar lemak dari badan dan ini membantu si ibu mendapat berat dan bentuk badan yang asal. Tetapi mengapa ada ibu yang berat badan makin bertambah walaupun menyusu badan?

Pada saya lah sebagai seorang yang pernah menyusu anak secara lengkap 2 tahun lebih setiap seorang, pemakanan kita memainkan peranan penting selain cara hidup kita.

Antara yang bagus diamalkan bagi ibu menyusu untuk dapatkan bentuk asal :

1. Kurangkan minum minuman manis. Rata-rata ibu sangat galak minum air kurma tin yang kononnya banyakkan susu. Air manis ini apabila diambil dengan banyak tetapi output kita sedikit, ia akan tersimpan di dalam badan dan akhirnya buat badan kita membesar.

2.  Banyakkan minum air kosong....ia bagus untuk membantu mengimbangkan kepekatan darah dalam badan. Sangat bagus minum air masak 3-4 liter sehari.

3. Badan kita perlukan spark plug untuk membakar glukos menjadi tenaga...so penting sebenarnya b complex bagi ibu menyusu.

4. Pastikan makan on time....jangan skip meal. Bila kita skip meal, kita akan makan lebih banyak pada meal berikutnya dan ini sangat tidak sihat. Makan makanan yang berkhasiat setiap waktu santapan utama.

5. Biasakan makan malam awal dan elakkan makan malam berat melebihi jam 9 malam. Ini kerana apabila kita lewat makan, ia akan lambat dicernakan ditambah kita tidur awal, maka ianya akan disimpan dalam tubuh dan lama kelamaan membentuk lemak.

6. Amalkan makan banyak serat. Jika antara waktu makan tengahari hingga malam kita lapar, amalkan makan biskut oat dengan air atau buah-buahan.  Serat membantu mengangkut keluar lemak dari badan. Juga bagus jika amalkan minum jus segar buah sebab kaya dengan serat.

So untuk ibu menyusu :

Antara Lecithin dan Omega , fungsinya sama. Iaitu bagus untuk bakar lemak. Membantu meningkatkan HDL [ high density lipid] dan ini membantu kita atasi masalah kolestrol.
Beza: Lecithin murah berbanding Omega.
Anologi : Omega ibarat naik kapal terbang. Lecithin ibarat naik kereta.
Mana bagus ? Ikut budget anda bukan ikut budget penulis.....

Saranan saya, bagi ibu menyusu : banyakkan minum air masak, makan banyak buah , sedikit senaman....insyaALLAH sama ada Lecithin atau Omega sangat membantu.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui 019 2027007 email ibu.wawalawa@gmail.com
Credit to: Ibu Addin Nasa