Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya
mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun
ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak
dapat bertahan sehingga 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes
seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana
badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau”
samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak.
Ketika itu apa yang terlintas di fikiran
saya adalah masalah rahim yang tidak kuat di mana dinding rahim tidak
dapat menahan fetus. Keguguran yang berulang kali boleh menyebabkan
kerosakan kepada dinding rahim juga. Wanita yang mengalami masalah
sebegini perlu mengambil perhatian yang lebih tatkala disahkan
mengandung.
Kes sebegini dinamakan sebagai “Threatened miscarriage” iaitu
risiko keguguran yang tinggi sehingga kandungan berusia 12 minggu.
Selalunya wanita yang mengalami pendarahan di awal 20 minggu kehamilan
perlu berhati-hati dan 30% wanita dikatakan mengalami pendarahan.
Simptom Threaten Miscarriage
Pendarahan vagina seperti warna coklat, merah cerah atau warna merah
jambu. Ianya juga boleh dilihat seperti tompokan darah atau pendarahan
teruk. Selain daripada itu, symptom lain yang biasa dialami adalah :
- Sakit belakang terutama bahagian bawah abdomen badan
- Kejang perut
Punca masalah Threaten Miscarriage
Dalam kebanyakan kes, sukar ditentukan punca yang nyata masalah ini
timbul. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh difikirkan:
- uterine fibroids, polyps, atau cysts
- jangkitan seperti STDS
- Radang servik ketika aktiviti seks
- Kehamilan ektopik
- Komplikasi plasenta
Nasihat saya, jika anda mengalami pendarahan ketika kehamilan segeralah
bertemu dengan doctor pakar sakit puan anda untuk menentukan risiko
keguguran anda.
Rawatan untuk masalah Threatened Miscarriage
Malangya tiada sebarang ubat atau rawatan yang dapat menghentikan pendarahan vagina. Namun begitu terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil:
1. Tunggu dan Lihat
Jika hanya pendarahan ringan dan keadaan bayi kelihatan sihat, doctor
akan menasihatkan anda untuk tunggu dan lihat jika ada sebarang
perubahan pada pendarahan anda.
2. Rehatkan pelvic
Untuk mengelakkan sebarang trauma atau tekanan, doctor mungkin
menyarankan supaya anda merehatkan pelvic. Aktiviti seks ketika tempoh
tersebut juga perlu dihentikan.
3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest
Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian. Aktiviti lasak
boleh meningkatkan risiko keguguran. Malahan anda dinasihatkan untuk
mengelakkan aktiviti yang akan memberi tekanan kepada badan anda.
4. Progesteron
Ianya bukanlah satu rawatan yang biasa diberikan. Progesteron diberikan
untuk melegakan otot uterine dan mengurangkan risiko keguguran.
Masalah pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku kepada siapa sahaja.
Saya sendiri pernah mengalami Threatened Miscarriage masa mengandungkan Amni (anak ke3)..waktu itu di awal trimester pertama..masa tu saya bercuti bersama keluarga ke Cameron Highlands. Masa hari pertama, kami telah berjalan ke Pasar Malam Brinchang. Mungkin kerana terlalu penat berjalan apatah lagi waktu itu seingat saya, saya menolak stroller anak kawan, secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada perut dan pelvik saya. Malam tu sedang kami menikmati hidangan makan malam tiba2 saya merasakan seolah ada cecair yang keluar daripada kemaluan saya. Saya terus berlari ke dalam tandas dan membuka panties dan dengan terkejutnya saya melihat setompok darah di panties. Saya sedikit terkejut, malah badan terasa menggigil lalu memanggil suami dan ibu saya untuk melihat. Dalam keadaan tidak sedar, saya menangis...saya risau saya akan kehilangan bayi saya..Suami telah memapah saya dan membawa ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital saya tidak berhenti berdoa moga Allah selamatkan bayi saya.
Sampai di Hospital Cameron Highland saya disuruh berehat di atas katil dan diminta bertenang, relaks dan tidak memikirkan apa2..tapi mana mungkin hati saya dapat bertenang..rasa ingin tahu akan keadaan bayi saya amat tinggi..namun saya berjaya juga menenangkan hati saya dengan membaca ayat Alam Nasyrah berulangkali sambil berdoa kepada Allah. Lebih kurang setengah jam, doktor yang bertugas datang memeriksa saya, dan membuat imbasan pada perut saya untuk melihat keadaan bayi saya. Alhamdulillah, bayi saya selamat, tidak terjejas, malah aktif bergerak..tapi doktor banyak menasihatkan saya agar banyak berehat, jangan membuat kerja berat dan baring sahaja di atas katil (bed rest). Doktor juga menasihatkan saya di awal kehamilan, tidak sepatutnya saya travel jauh2 kerana kandungan masih terlalu awal. Boleh berlaku keguguran. Keadaan yang saya alami ini adalah Threatened Miscarriage katanya. Ini merupakan amaran sebelum berlaku keguguran yang sebenar.
Saya ingin berkongsi satu perkongsian menarik daripada GenkiMomma Arnie mengenai pengalamannya mengandungkan anak ke 3.
"Sharing my stories..Saya dua2
kali preggie kena bleeding, around kandungan 7-8 weeks..Dua2 pregnancy
juga dapat bed-rest seminggu. Yg first dgn gov doc, ok je dia bg MC 8
hari, bleeding 3-4 hari. Scan tiap2 kali jumpa untuk monitor.
Yg second dgn private doc,
bleeding + sakit pinggang melampau, ala2 sakit contraction. Yg ini dia
bagi ubat untuk kuatkan rahim + acid folic. pastuh, on 24 weeks, jalan
dah buka 3cm pula, bed-rest lagi 3 weeks. Alhamdulillah, sihat dua2 anak
saya.
Yg ketiga
nie Alhamdulillah, maybe sebab amalkan supplement Shaklee, takde
bleeding langsung sampai dah masuk 2nd trimester nie. Saya ambil vit
basic tuelah, vitale, b-com, vit-c & OsteMatrix. Alhamdulillah....
:)"
GenkiMomma Arnie konsisten mengambil supplement Shaklee sejak menyusukan anak keduanya, usaha mendapatkan anak ke 3 dan seterusnya sebagai ibu mengandung sekarang.Kisah penuh pengalamannya boleh di baca di sini. GenkiMomma Arnie mengamalkan Eu-Four Pack Plus SEBELUM dan SEPANJANG tempoh kehamilannya.
Di Malaysia, doktor selalu akan menasihatkan ibu hamil yang mempunyai masalah pendarahan disebabkan rahim lemah untuk mengambil bed-rest. Bed-rest bermakna hanya berehat di atas katil tanpa melakukan sebarang aktiviti walaupun menyapu atau mengangkat buku yang berat. Bagi mereka yang sihat, mungkin tersalah anggap yang ibu itu adalah pemalas. Hakikatnya, mereka perlukan rehat itu untuk menyelamatkan kandungan daripada keguguran. Jangan tidak tahu yang ada ibu hamil perlu dimasukkan ke hospital seawal kandungan 7 bulan untuk pemeriksaan rapi bagi menjaga kandungan.
Oleh itu, kepada para suami yang si isteri mengalami masalah ini, banyakkan bersabar dan berilah sokongan kepada isteri anda.
Walaupun tidak terdapat fakta
mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened
miscarriage, namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang
lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi
badan terutamanya dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) yang konsisten.. Saya akan memberikan konsultasi serta cara-cara pengambilan kepada anda.
Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kepentingan penjagaan pada awal trimester.
ReplyDelete