Wednesday, May 16, 2012

Risiko keguguran: Pendarahan di awal kehamilan (Threatened Miscarriage)

Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak dapat bertahan sehingga 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau” samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak.

Ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya adalah masalah rahim yang tidak kuat di mana dinding rahim tidak dapat menahan fetus. Keguguran yang berulang kali boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding rahim juga. Wanita yang mengalami masalah sebegini perlu mengambil perhatian yang lebih tatkala disahkan mengandung.
Kes sebegini dinamakan sebagai “Threatened miscarriage” iaitu risiko keguguran yang tinggi sehingga kandungan berusia 12 minggu. Selalunya wanita yang mengalami pendarahan di awal 20 minggu kehamilan perlu berhati-hati dan 30% wanita dikatakan mengalami pendarahan.
Simptom Threaten Miscarriage
Pendarahan vagina seperti warna coklat, merah cerah atau warna merah jambu. Ianya juga boleh dilihat seperti tompokan darah atau pendarahan teruk. Selain daripada itu, symptom lain yang biasa dialami adalah :
  • Sakit belakang terutama bahagian bawah abdomen badan
  • Kejang perut
Punca masalah Threaten Miscarriage
Dalam kebanyakan kes, sukar ditentukan punca yang nyata masalah ini timbul. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh difikirkan:
  • uterine fibroids, polyps, atau cysts
  • jangkitan seperti STDS
  • Radang servik ketika aktiviti seks
  • Kehamilan ektopik
  • Komplikasi plasenta
Nasihat saya, jika anda mengalami pendarahan ketika kehamilan segeralah bertemu dengan doctor pakar sakit puan anda untuk menentukan risiko keguguran anda.

Rawatan untuk masalah Threatened Miscarriage
Malangya tiada sebarang ubat atau rawatan yang dapat menghentikan pendarahan vagina. Namun begitu terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil:
1. Tunggu dan Lihat
Jika hanya pendarahan ringan dan keadaan bayi kelihatan sihat, doctor akan menasihatkan anda untuk tunggu dan lihat jika ada sebarang perubahan pada pendarahan anda.
2. Rehatkan pelvic
Untuk mengelakkan sebarang trauma atau tekanan, doctor mungkin menyarankan supaya anda merehatkan pelvic. Aktiviti seks ketika tempoh tersebut juga perlu dihentikan.
3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest
Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian. Aktiviti lasak boleh meningkatkan risiko keguguran. Malahan anda dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti yang akan memberi tekanan kepada badan anda.
4. Progesteron
Ianya bukanlah satu rawatan yang biasa diberikan. Progesteron diberikan untuk melegakan otot uterine dan mengurangkan risiko keguguran.
Masalah pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku kepada siapa sahaja.


Saya sendiri pernah mengalami Threatened Miscarriage masa mengandungkan Amni (anak ke3)..waktu itu di awal trimester pertama..masa tu saya bercuti bersama keluarga ke Cameron Highlands. Masa hari pertama, kami telah berjalan ke Pasar Malam Brinchang. Mungkin kerana terlalu penat berjalan apatah lagi waktu itu seingat saya, saya menolak stroller anak kawan, secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada perut dan pelvik saya. Malam tu sedang kami menikmati hidangan makan malam tiba2 saya merasakan seolah ada cecair yang keluar daripada kemaluan saya. Saya terus berlari ke dalam tandas dan membuka panties dan dengan terkejutnya saya melihat setompok darah di panties. Saya sedikit terkejut, malah badan terasa menggigil lalu memanggil suami dan ibu saya untuk melihat. Dalam keadaan tidak sedar, saya menangis...saya risau saya akan kehilangan bayi saya..Suami telah memapah saya dan membawa ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital saya tidak berhenti berdoa moga Allah selamatkan bayi saya.

Sampai di Hospital Cameron Highland saya disuruh berehat di atas katil dan diminta bertenang, relaks dan tidak memikirkan apa2..tapi mana mungkin hati saya dapat bertenang..rasa ingin tahu akan keadaan bayi saya amat tinggi..namun saya berjaya juga menenangkan hati saya dengan membaca ayat Alam Nasyrah berulangkali sambil berdoa kepada Allah. Lebih kurang setengah jam, doktor yang bertugas datang memeriksa saya, dan membuat imbasan pada perut saya untuk melihat keadaan bayi saya. Alhamdulillah, bayi saya selamat, tidak terjejas, malah aktif bergerak..tapi doktor banyak menasihatkan saya agar banyak berehat, jangan membuat kerja berat dan baring sahaja di atas katil (bed rest). Doktor juga menasihatkan saya di awal kehamilan, tidak sepatutnya saya travel jauh2 kerana kandungan masih terlalu awal. Boleh berlaku keguguran. Keadaan yang saya alami ini adalah Threatened Miscarriage katanya. Ini merupakan amaran sebelum berlaku keguguran yang sebenar.


Saya ingin berkongsi satu perkongsian menarik daripada GenkiMomma Arnie mengenai pengalamannya mengandungkan anak ke 3.
"Sharing my stories..Saya dua2 kali preggie kena bleeding, around kandungan 7-8 weeks..Dua2 pregnancy juga dapat bed-rest seminggu. Yg first dgn gov doc, ok je dia bg MC 8 hari, bleeding 3-4 hari. Scan tiap2 kali jumpa untuk monitor.


Yg second dgn private doc, bleeding + sakit pinggang melampau, ala2 sakit contraction. Yg ini dia bagi ubat untuk kuatkan rahim + acid folic. pastuh, on 24 weeks, jalan dah buka 3cm pula, bed-rest lagi 3 weeks. Alhamdulillah, sihat dua2 anak saya.

Yg ketiga nie Alhamdulillah, maybe sebab amalkan supplement Shaklee, takde bleeding langsung sampai dah masuk 2nd trimester nie. Saya ambil vit basic tuelah, vitale, b-com, vit-c & OsteMatrix. Alhamdulillah.... :)"


GenkiMomma Arnie konsisten mengambil supplement Shaklee sejak menyusukan anak keduanya, usaha mendapatkan anak ke 3 dan seterusnya sebagai ibu mengandung sekarang.Kisah penuh pengalamannya boleh di baca di sini. GenkiMomma Arnie mengamalkan Eu-Four Pack Plus SEBELUM dan SEPANJANG tempoh kehamilannya.





Di Malaysia, doktor selalu akan menasihatkan ibu hamil yang mempunyai masalah pendarahan disebabkan rahim lemah untuk mengambil bed-rest. Bed-rest bermakna hanya berehat di atas katil tanpa melakukan sebarang aktiviti walaupun menyapu atau mengangkat buku yang berat. Bagi mereka yang sihat, mungkin tersalah anggap yang ibu itu adalah pemalas. Hakikatnya, mereka perlukan rehat itu untuk menyelamatkan kandungan daripada keguguran. Jangan tidak tahu yang ada ibu hamil perlu dimasukkan ke hospital seawal kandungan 7 bulan untuk pemeriksaan rapi bagi menjaga kandungan.


Oleh itu, kepada para suami yang si isteri mengalami masalah ini, banyakkan bersabar dan berilah sokongan kepada isteri anda.


Walaupun tidak terdapat fakta mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened miscarriage, namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi badan terutamanya dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) yang konsisten.. Saya akan memberikan konsultasi serta cara-cara pengambilan kepada anda.


Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, May 5, 2012

Peranan Vitamin Dalam Penyusuan


Saya sering ditanya tentang perkara ini:
“Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”
Jawapannya mudah saja:
“Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN
Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.
Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):
  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.
Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.
Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.
Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.
Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”
Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.
vitamin ibu menyusu
Set Triple M ni adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan.. Sesiapa pun boleh ambil set ni, no problem at all :)
Lelaki dan wanita muda juga sesuai lagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.
Hubungi saya di 0192027007 atau ibu.wawalawa@gmail.com untuk maklumat lanjut.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Supplement dan Vitamin Semasa Hamil

Tatkala disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi memberikan bayi yang bakal dilahirkannya.

Salah satu perkara yang menjadi lumrah di kala hamil ialah pengambilan supplement. Namun, terdapat bakal2 ibu yang masih ragu2 dengan pengambilan supplement, meskipun yang diberi oleh klinik/hospital yang dikunjungi tatkala lawatan ante-natal. Ini adalah kerana beberapa tohmahan tentang supplement dan vitamin, misalnya:
“Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar”
“Vitamin semasa mengandung menggemukkan”

Apakah sebenarnya tujuan pengambilan supplement dan vitamin semasa hamil?

 

Vitamin A

  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan
*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.
Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea
Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax

 

Vitamin B Complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

i) Vitamin B1 (thiamine)
  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes
ii) Vitamin B2 (riboflavin)
  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak
iii) Vitamin B3 (niasin)
  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan
iv) Vitamin B5 (pathotenic acid)
  • mengelakkan kekejangan otot
v) Vitamin B6 (pyriodoxine)
  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu
vi) Vitamin B9 (folic acid)
  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah
vii) Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan
Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex

Vitamin C

  • Membantu menyerap zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
  • Mencegah selesema
Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released


Vitamin D

  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot
Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Vitamin E

  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan
Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex

Vitamin K

  • penting untuk pembekuan darah
  • mengurangkan risiso pendarahan
Produk Shaklee untuk vitamin K : Vitalea

Hubungi saya di 0192027007 atau ibu.wawalawa@gmail.com untuk maklumat lanjut.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.