Saturday, April 14, 2012

Kenapa Saya Gagal Susukan anak?

Betapa ramai ibu yang ada salah tanggapan perihal ini. Sama-sama kita tengok adakah anda tergolong dalam orang yang sedemikian?




HARI PERTAMA BERSALIN,SUSU TIADA,CAMANA NAK BAGI DEKAT BABY
Memang betul susu matang belum lagi keluar tapi pada masa ini susu yang lebih tepat dipanggil kolostrum telah pun ada. Dalam masa 24 jam selepas bersalin ibu digalakkan mmenyusukan bayi untuk mendapat kebaikan kolostrum ini. Iainya berbentuk cecair pekat berwarna kekuningan yang kaya dengan protein. Protein yang terkandung adalah 3x ganda lebih dari susu matang biasa. Ia juga mengandungi antibodi yang sangat penting untuk kesihatan bayi. Selain itu antibodi ini juga bertindak sebagai ejen pelawasan yang membantu bayi membuang air besar pertamanya yang dipanggil meconium.Selepas 2,3 hari susu pertenagan seterusnya matang akan terhasil dengan rangsangan dari hisapan bayi dan akan meningkat berdasarkan konsep demand & supply. Makin kerap kita suskan bayi, makin banyak susu yang akan terhasil.Jadi ibu-ibu jangan kata susu tiada, susu ada cuma perlukan rangsangan hisapan dari bayi sahaja.

SUSU SAYA SIKIT, TAK CUKUP UNTUK BAYI
Tahukah ibu-ibu bahawa susu badan kita sentiasa cukup untuk bayi malah kandungan zat-zat di dalamnya sangat menepati seiring dengan perkembangan bayi. Kandungan dalam susu ibu akan berubah mengikut masa, cuaca dan keadaan bayi. Menariknya ibu yang melahirkan bayi pramatang didapati kandungan susunya adalah unik sesuai dengan keadaan bayi. Susu ini mengandungi nitrogen, protein, lactose, sodium, chloride, mineral, vitamin A, and lipase (a lipid-degradation enzyme) yang mana dalam paras yang lebih tinggi dari ibu yang melahirkan bayi normal. Sungguh menakjubkan ciptaanNya!Tiada istilah susu sikit sebenarnya. Pelajari teknik dan ilmu penyusuan sebaiknya.

MAK SAYA DULU PUN TIADA SUSU, SAYA MESTI TIADA JUGA
Susu ibu bukan boleh diukur semacam itu. Tiada istilah keturunan yang menyebabkan susu tiada. Bahkan banyak atau sikit pengeluaran susu badan seseorang bukan bergantung pada saiz payudaranya. Tidak sama sekali. Tidak semestinya seseorang yang berpayudara besar mempunyai banyak susu dan ibu yang berpayudara kecil tidak banyak susu. Konsepnya adalah berdasarkan storage kapasiti maksudnya berapa banyak susu dapat disimpan.Ibu yang ada kapasiti penyimpanan yang kecil perlu lebih kerap untuk mengosongkan payudaranya untuk menghasilkan susu seterusnya manakala ibu yang mempunyai payudara berkapasiti besar tidak sekerap itu untuk kekalkan pengeluaran susu.

Oleh itu, ibu-ibu yang berhasrat menyusukan anak mesti memahami perjalanan proses penyusuan itu sendiri untuk memudahkan proses tersebut nanti. Selamat BERJAYA!

No comments:

Post a Comment