Saturday, April 14, 2012

Baby Jaundis (Kuning), Penyebab Dan Cara Mencegah


Biasa kita dengar baby baru lahir kena sakit kuning kan? Kulit bayi akan berubah menjadi warna seakan pucat kekuningan. Penyebabnya adalah kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses tersebut diambil alih oleh hati bayi.Jaundis akan terbentuk kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari ke 2 atau 3 selepas dilahirkan.

APA SEBABKAN JAUNDIS?
Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.




ADAKAH JAUNDIS BAHAYA
Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

PUNCA-PUNCA JAUNDIS YANG LAIN
1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
7. "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.


BAGAIMANA MENCEGAH JAUNDIS?
Jaundis berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir. Tiada cara yang khusus untuk mengelakkan tapi mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu mengelakkannya menjadi lebih teruk.
1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran.
2.Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.
3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.
4.Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.

No comments:

Post a Comment