Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya melahirkan anak-anak saya melalui pembedahan. Untuk pengetahuan semua, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Yang sulung 8 tahun, kedua 5 tahun dan yang ketiga 1tahun 7 bulan. In sha Allah, ini sajalah amanah yang diberikan kepada saya kerana saya sudah pun ikat terus (bahasa lain tutup kilang) dan tidak boleh mengandung lagi. Kenapa saya tutup kilang terus? Hehehehe..nanti saya jawab di entry yang lain ya..
Ketiga-tiga anak saya dilahirkan melalui pembedahan / Ceasarean. Sebab itu kalau anda perasan anak saya umurnya jarak 3 tahun kerana itu semua atas nasihat doktor dan saya bimbang jika luka lambat pulih. Tapi jika namanya rezeki takkan nak tolak..terima sahaja.
Saya tiadalah petua yang luarbiasa sangat. Semua petua saya sama dengan orang lain. Cuma semasa berpantang saya mengamalkan beberapa petua untuk pulihkan luka bersalin. Antaranya:
- Saya mengambil ikan haruan di sepanjang 2 minggu saya berpantang. Sama ada direbus, di panggang atau di bakar. Saya juga mengamalkan pati Ikan Haruan. Saya akan minum sehari sebotol pati ikan haruan selama 2 minggu juga. (Petua minum pati Ikan Haruan, saya akan minum pati bersama beberapa potong limau sunkist.
Caranya: selepas saya telan pati haruan, saya akan hisap sepotong buah limau sunkist bagi menghilangkan rasa kurang sedap pati haruan itu sendiri. Tahu ajelah rasanyakan..kurang enak apatah lagi bau, namun cara saya tadi dapat mengatasi masalah tersebut).
- Saya juga mengamalkan minum Jeli Gamat. Jeli Gamat saya akan ambil sesudu sehari dengan menggunakan sudu plastik ataupun dicampurkan di dalam air suam lalu diminum. NAMUN, jangan pula meletakkan jeli Gamat kepada luka anda pula ya!
- Saya juga mengamalkan tips menyusukan bayi untuk cepat pulihkan luka. Orang kata apabila kita banyak menyusukan bayi, luka akan cepat pulih. Ini kerana apabila bayi menyusu, kesemua urat yang berada di dalam badan seolah-olah bekerja dan terutama apabila bayi hisap saya akan merasakan denyutan di urat luka. Jika semasa tempoh berpantang anda mengalami masalah penyusuan dapatkan nasihat daripada yang pakar, banyakkan membaca tentang dunia penyusuan, berkongsi dengan keluarga atau kawan-kawan tentang masalah anda. In sha Allah, anda mampu memberikan yang terbaik buat bayi anda.
- Semasa kelahiran anak ke3 saya baru mengenali Shaklee. Shaklee juga mempunyai Set Berpantang untuk ibu yang baru bersalin yang mana berperanan memulihkan luka bersalin dan memberi tenaga semasa berpantang. Antara vitamin yang terdapat di dalam Set Berpantang ini adalah Zinc Complex. Zinc Complex bermanfaat mempercepatkan pemulihan luka dalaman atau luaran terutama buat ibu berpantang.
Saya berharap perkongsian saya ini dapat memberi manfaat buat ibu-ibu yang berpantang di luar sana. Ingat ya, luka menjalani kaedah pembedahan mengambil masa untuk sembuh. Oleh itu, dalam waktu pemulihan jangan mengangkat benda yang berat atau apa jua pekerjaan yang memberi tekanan kepada perut anda. Kadang-kadang saya turut merasa ngilu pada tempat jahitan walaupun jahitan itu sudah lama pulih.
Jumpa lagi di lain masa, akan saya kongsikan tips, produk atau cerita yang lebih menarik. Supplemen bukan hanya untuk mereka yang sakit tetapi untuk mereka yang sihat untuk kekal sihat!
--------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.
Bape lame luka dalaman tu ambil masa nk sembuh?
ReplyDelete