Showing posts with label cabaran langsing. Show all posts
Showing posts with label cabaran langsing. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Omega Guard Boleh Bakar Lemak?!

Salam semua..

Sekarang ini saya masih lagi dalam tempoh untuk menurunkan berat badan. Ingat tak entry saya yang dulu pasal cabaran redah kasi pecah lemak degil saya tu? Bersempena dengan promosi bulan Februari ini iaitu Omega Guard, saya telah memasukkan supplemen ini ke dalam pengambilan supplemen seharian saya. Ini kerana Omega Guard dikatakan boleh membakar lemak. Wah, best ni! Tapi kita harus lihat dulu bagaimana Omega Guard ini berfungsi sebagai pembakar lemak.





Perkongsian dari blog kawan saya; Fiza ada menyatakan bagaimana Omega Guard boleh membakar lemak.

Bagaimana Omega Guard Bakar Lemak

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Sumber LEMAK BAIK adalah dari pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah asid lemak Omega 3.
 
Omega (minyak ikan) mengandungi asid lemak Omega 3, yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.
 
Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, asid lemak Omega 3 secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan asid lemak Omega 3 menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.
*sumber: Livestrong
 
Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar. Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3!
 
Jadi, saya rasa Omega Guard sesuai untuk dijadikan salah satu supplemen yang boleh diambil dalam tempoh berdiet atau menguruskan badan. Cuma, saya nak ingatkan pengambilan supplemen ini perlu disusuli juga dengan pengambilan air yang banyak. Ini kerana pengambilan 3 biji Omega Guard sehari membuatkan anda akan berasa dahaga. 
 
Jom dapatkan sebotol hari ini! Atau boleh juga beli dengan promosi bulan Februari ini.

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, January 31, 2013

Cabaran Redah Kasi Pecah Lemak Degil Saya!!

Salam semua..

Bila baca je tajuk di atas mesti semua terkejut dan terkesima dengan kenyataan itu...hehehhehe..Secara rasminya saya ingin melakukan cabaran dalam menurunkan berat badan. Almaklumlah mesti semua dah tahu yang saya ini berisi orangnya..usah kata berisi sudah jadi obesiti..;( 

Tahun ini merupakan tahun kedua saya menjadi pengguna Shaklee sekaligus pengedar. Setakat hari ini, saya secara jujurnya belum lagi menjual set menguruskan badan atau pelangsingan oleh Shaklee. Ini kerana saya tidak yakin bahawa saya boleh menarik minat pelanggan saya sedangkan saya bukan orang yang kurus. Dah tentu mereka tidak percaya, kan? (Kalau mana yang tidak tahu, Shaklee ada pelbagai produk dari penyusuan, kesihatan optimum, penyakit, pembersihan rumah sehinggalah set kecantikan. Termasuk juga set untuk menguruskan badan). 
Semua saya dah pernah jual cuma set menguruskan badan dan membentukkan badan dan seangkatannya tidak pernah lagi saya jual. Ini kerana saya ingin sendiri mencuba dulu sebelum memberitahu orang lain. Sememangnya itu memang sikap saya. Tak suka dengar cakap orang sahaja, cuba dulu baru boleh cerita.

Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk mencuba sendiri set langsing ini iaitu Set Shaklee Shape-Up selama 4 bulan. Kenapa 4 bulan? Kerana saya tidak percaya kepada produk yang 1 minggu boleh turun 10kg!! Karut! Bagi saya untuk mendapat hasil yang baik kita harus memberi ruang atau waktu. 4-6 bulan adalah masa yang terbaik kerana kesan atau efektif sesuatu supplemen bergantung kepada fizikal seseorang. Seperti yang saya selalu cakap dengan emak saya, makan supplemen Shaklee tak bolehlah satu hari dah terus berkesan. Kita harus beri peluang kepada supplemen untuk menerima/meresap keadaan dalaman kita. Harus konsisten. Betul tak? Istiqomah perlu ada.

Itulah cabaran saya. Saya ingin menurunkan berat badan saya dari berat sekarang (belum bersedia untuk reveal, nanti saya beritahu ya) ke berat yang saya impikan iaitu 52-56kg iaitu berat ideal saya yang sepadan dengan ketinggian saya. Mampukah saya? Itulah cabaran saya yang perlu saya lakukan. Sebelum itu, saya nak perkenalkan dulu Set Shaklee Shape-Up ini. 

Apa yang ada di dalam set ini? Ianya terdiri daripada;

  1. Cinch Shake Mix
  2. Cinch Energy Tea Mix
  3. Lecithin
  4. Herb-Lax

Apakah kebaikan produk ini?

  • Badan yang langsing dan rapi
  • Nampak lebih anggun
  • Rasa unggul
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Jadi mulai 1hb Februari 2013, saya akan memulakan CABARAN REDAH KASI PECAH LEMAK DEGIL SAYA!! Saya akan mengamalkan produk Set Shaklee Shape-Up ini untuk menurunkan berat badan saya. In sha Allah saya akan kongsikan dari semasa ke semasa cabaran saya ini. Sebelum itu;

Kenapa saya nak buat cabaran ini ya?

  1. Umur yang semakin meningkat bimbang penyakit akan datang menjengah kita.
  2. Selalu kena sindir dengan orang sekeliling (suami saya secara indirectly ada tegur tapi dalam keadaan yang saya tidak terasa hati, mungkin takut kena tidur luar..hahahahha). Dia sebenarnya tidak kisah kerana dia suka yang berisi tapi saya dah terlebih isi..hahahhaha..tagline dia biar berisi tapi sihat. Kesihatan perlu jaga katanya. Anak pun selalu cakap yang saya ni dah tak cantik sekarang, ibu dulu kurus lagi cantik bila dia lihat album lama..huhuhuhuhu..
  3. Saya dah mula bosan dengan keadaan sekarang yang susah nak pilih baju. Susah cari saiz!
  4. Dah mula sakit lutut, jadi itu tanda yang saya perlu turunkan berat badan! Lagipun kaki saya kecil tak boleh nak menampung berat badan ni.
  5. Saya merupakan pengedar Shaklee, saya patut cuba produk ini. Walaupun saya telah didekati oleh jenama produk lain namun, Shaklee di hatiku!! Saya perlu yakinkan semua orang dengan penampilan saya. Kalau saya pengedar tapi tak sokong produk yang saya jual, baik tutup buku. Paling penting, saya sukakan Shaklee dan keluarga Shaklee yang berada di sekeliling saya. Terutama yang atas-atas. (Moyang, nenek, mak dan sebagainya). Penglibatan saya di dalam keluarga Shaklee ini banyak membuka minda dan hati saya. (Suatu hari nanti saya akan kongsikan, apakah dia..yang pasti mereka bukan mengajar saya tentang bagaimana mencari duit, menjana pendapatan wang yang banyak sahaja tetapi mengajar bagaimana untuk mengejar akhirat juga.)
Oleh itu, doakan saya dan sokonglah apa yang saya ingin lakukan ini. Semoga Cabaran Redah Kasi Pecah Lemak Degil Saya ini akan beroleh kejayaan yang saya impikan. Kita jumpa lagi entry cabaran ini dari 4 bulan dari sekarang! Jumpa nanti ya..

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.