Tuesday, April 17, 2012

Tips dunia penyusuan

Feel free to share with your friends :)





Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bay idalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptom simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.


Masalah Susu
“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannya mudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien

“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

“Susu saya tumpah.”
Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikianuntuk satu tempoh tertentu?”
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu. Lakukannya dengan sabar selama beberapa hari dan anda akan dapati payudara anda akan mula menghasilkan susu. Doktor anda juga boleh memberi beberapa preskripsi ubat dan mencadangkan makanan untuk merangsang penghasilan susu.

“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.


Masalah berhubung baby 

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakit atau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Dia mungkin meragam pada sebelah payudara kerana susu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahu menghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambil makanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.

“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga boleh menyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawa bayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.

“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.

Masalah berhubung Ibu

“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanya memerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatian kepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, aerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(boleh cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too....saya dah amalkan 13 tahun dan sangat berpuashati!)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.

“Saya terlalu murung untuk menyusukan bayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepas bersalin. Rasa kecewa bukanlah petanda kelemahan atau kegagalan dan ia tidak menjejaskan kemampuan anda untuk menjaga bayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yang anda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanya tidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.

Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui email ibu.wawalawa@gmail.com atau 019-2027007

Saturday, April 14, 2012

Kenapa Saya Gagal Susukan anak?

Betapa ramai ibu yang ada salah tanggapan perihal ini. Sama-sama kita tengok adakah anda tergolong dalam orang yang sedemikian?




HARI PERTAMA BERSALIN,SUSU TIADA,CAMANA NAK BAGI DEKAT BABY
Memang betul susu matang belum lagi keluar tapi pada masa ini susu yang lebih tepat dipanggil kolostrum telah pun ada. Dalam masa 24 jam selepas bersalin ibu digalakkan mmenyusukan bayi untuk mendapat kebaikan kolostrum ini. Iainya berbentuk cecair pekat berwarna kekuningan yang kaya dengan protein. Protein yang terkandung adalah 3x ganda lebih dari susu matang biasa. Ia juga mengandungi antibodi yang sangat penting untuk kesihatan bayi. Selain itu antibodi ini juga bertindak sebagai ejen pelawasan yang membantu bayi membuang air besar pertamanya yang dipanggil meconium.Selepas 2,3 hari susu pertenagan seterusnya matang akan terhasil dengan rangsangan dari hisapan bayi dan akan meningkat berdasarkan konsep demand & supply. Makin kerap kita suskan bayi, makin banyak susu yang akan terhasil.Jadi ibu-ibu jangan kata susu tiada, susu ada cuma perlukan rangsangan hisapan dari bayi sahaja.

SUSU SAYA SIKIT, TAK CUKUP UNTUK BAYI
Tahukah ibu-ibu bahawa susu badan kita sentiasa cukup untuk bayi malah kandungan zat-zat di dalamnya sangat menepati seiring dengan perkembangan bayi. Kandungan dalam susu ibu akan berubah mengikut masa, cuaca dan keadaan bayi. Menariknya ibu yang melahirkan bayi pramatang didapati kandungan susunya adalah unik sesuai dengan keadaan bayi. Susu ini mengandungi nitrogen, protein, lactose, sodium, chloride, mineral, vitamin A, and lipase (a lipid-degradation enzyme) yang mana dalam paras yang lebih tinggi dari ibu yang melahirkan bayi normal. Sungguh menakjubkan ciptaanNya!Tiada istilah susu sikit sebenarnya. Pelajari teknik dan ilmu penyusuan sebaiknya.

MAK SAYA DULU PUN TIADA SUSU, SAYA MESTI TIADA JUGA
Susu ibu bukan boleh diukur semacam itu. Tiada istilah keturunan yang menyebabkan susu tiada. Bahkan banyak atau sikit pengeluaran susu badan seseorang bukan bergantung pada saiz payudaranya. Tidak sama sekali. Tidak semestinya seseorang yang berpayudara besar mempunyai banyak susu dan ibu yang berpayudara kecil tidak banyak susu. Konsepnya adalah berdasarkan storage kapasiti maksudnya berapa banyak susu dapat disimpan.Ibu yang ada kapasiti penyimpanan yang kecil perlu lebih kerap untuk mengosongkan payudaranya untuk menghasilkan susu seterusnya manakala ibu yang mempunyai payudara berkapasiti besar tidak sekerap itu untuk kekalkan pengeluaran susu.

Oleh itu, ibu-ibu yang berhasrat menyusukan anak mesti memahami perjalanan proses penyusuan itu sendiri untuk memudahkan proses tersebut nanti. Selamat BERJAYA!

Baby Jaundis (Kuning), Penyebab Dan Cara Mencegah


Biasa kita dengar baby baru lahir kena sakit kuning kan? Kulit bayi akan berubah menjadi warna seakan pucat kekuningan. Penyebabnya adalah kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses tersebut diambil alih oleh hati bayi.Jaundis akan terbentuk kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari ke 2 atau 3 selepas dilahirkan.

APA SEBABKAN JAUNDIS?
Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.




ADAKAH JAUNDIS BAHAYA
Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

PUNCA-PUNCA JAUNDIS YANG LAIN
1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
7. "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.


BAGAIMANA MENCEGAH JAUNDIS?
Jaundis berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir. Tiada cara yang khusus untuk mengelakkan tapi mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu mengelakkannya menjadi lebih teruk.
1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran.
2.Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.
3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.
4.Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.

Buruknya Stretch Mark Aku!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

credit: Hanum

Oh tidak! Buruknya stretch mark aku ni..tambahan lagi selepas bersalin. Itu mungkin kata-kata anda iaitu seorang ibu yang amat mementingkan penjagaan diri. Siapa tidak risau dengan stretch mark kan. Puas sapu minyak, macam-macam ubat namun tidak berhasil. Apa kata cuba yang lain? Ianya bukan hanya dalaman tetapi untuk luaran juga.




Sebelum itu amalkan juga tips-tips ini untuk mengurangkan stretch mark:
1. Jaga berat badan yang seimbang, amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan sayuran, buah dan protein dalam diet anda. Jangan lupa ambil omega 3 dan juga flax seed oil.

2. Guna pelembab yang mengandungi Vitamin A dan Vitamin E.

                                                                3. Minum air masak secukupnya.


Kenapa perlunya Omega 3 dalam diet untuk kurangkan strech mark ni?


Ini adalah Omega Guard Shaklee. Kaya dengan omega 3 fatty acid.
Sebabnya ada pada omega 3 ini. Ianya akan merangsang secara semulajadi pengeluaran kolagen yang memberi keanjalan kepada kulit. Secara lembut ianya akan mengurangkan kesan stretch mark.






KENAPA Vitamin E?


Ianya adalah anti aging yang mana akan merawat kedutan dan garis-garis halus yang tidak diingini.Ia juga dikenali boleh mengurangkan tanda stretch mark yang tidak disukai terutamanya para ibu.

Apa kata mencuba keduanya untuk hasil yang diingini? Kajian menunjukkan mana-mana vitamin atau krim tidak berupaya menghilangkan tanda stretch mark 100% tetapi hanya boleh mengurangkannya semaksima yang boleh. Cubalah hari ini:)


Hubungi saya dengan sms ke 019 2027007 atau email ibu.wawalawa@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, April 3, 2012

Tak suka minum air masak, apakata cuba ni...


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Dikalangan kita pasti ada yang tidak gemaruntuk minum air masak atau air kosong. Kalau minum,nanti mesti rasa meloya je. Pastu letak tepi je cawan tu. Padahal, air masak tu yang membantu untuk mencuci buah pinggang kita. Sebelum ini, di Shaklee ada Best Water. Kemudian ia diganti dengan Get Clean Water Pitcher.

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER 

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya! 
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
Hanya beberapa sen bagi seliter air
Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
Ringan dan mudah dibawa
Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. 
Sumber : Shaklee Malaysia
Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai produk boleh diajukan melalui email di ibu.wawalawa@gmail.com atau SMS 019-2027007.