Thursday, February 21, 2013

Omega Guard Boleh Bakar Lemak?!

Salam semua..

Sekarang ini saya masih lagi dalam tempoh untuk menurunkan berat badan. Ingat tak entry saya yang dulu pasal cabaran redah kasi pecah lemak degil saya tu? Bersempena dengan promosi bulan Februari ini iaitu Omega Guard, saya telah memasukkan supplemen ini ke dalam pengambilan supplemen seharian saya. Ini kerana Omega Guard dikatakan boleh membakar lemak. Wah, best ni! Tapi kita harus lihat dulu bagaimana Omega Guard ini berfungsi sebagai pembakar lemak.





Perkongsian dari blog kawan saya; Fiza ada menyatakan bagaimana Omega Guard boleh membakar lemak.

Bagaimana Omega Guard Bakar Lemak

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Sumber LEMAK BAIK adalah dari pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah asid lemak Omega 3.
 
Omega (minyak ikan) mengandungi asid lemak Omega 3, yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.
 
Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, asid lemak Omega 3 secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan asid lemak Omega 3 menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.
*sumber: Livestrong
 
Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar. Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3!
 
Jadi, saya rasa Omega Guard sesuai untuk dijadikan salah satu supplemen yang boleh diambil dalam tempoh berdiet atau menguruskan badan. Cuma, saya nak ingatkan pengambilan supplemen ini perlu disusuli juga dengan pengambilan air yang banyak. Ini kerana pengambilan 3 biji Omega Guard sehari membuatkan anda akan berasa dahaga. 
 
Jom dapatkan sebotol hari ini! Atau boleh juga beli dengan promosi bulan Februari ini.

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. betul la..saya pon ada amik omega jugak..waktu pantang mmg rasa cepat je badan turun..mula2 risau gak..sekarang alhamdulillah, slim cam anak dara balik ;)

    irsyahealthyhouse.blogspot.com

    ReplyDelete