Showing posts with label VITAMIN C chewable. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C chewable. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Nutriferon..Cinta Hati Keluarga Saya!

Salam semua..

Sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Kalau pergi klinik ramai yang beratur untuk dapatkan rawatan. Kalau tak beratur pun penuh je tempat duduk kat klinik tu. Ada tu terpaksa menunggu di luar untuk jumpa doktor. Glamer doktor hari tu! ;) Untung sape yang jadi doktor..

Keluarga saya juga tidak terkecuali dalam situasi ini. Suami dan anak-anak bersilih ganti sakitnya. Apalagi, mulalah doktor tak bertauliah ni menjalankan kerjanya. Suami tak banyak bicara kalau disuruh ambil apa-apa ubat atau vitamin tapi anak-anak agak sukar. Maklumlah mereka dah bijak merasa apa yang sedap..mana ada ubat yang sedap kecuali Chewable Vitamin C Shaklee sedap! Mereka suka..sampai pandai ambil sendiri, tak perlu saya berikan. 

Pertama kali saya memberikan Nutriferon masa tu adalah pada suami. Ketika itu dia demam. Saya bancuhkan Nutriferon di dalam segelas air suam. Dia tanya,"Apa ini?".."Iced lemon tea"..saya kata. Lalu dia minum. Berkerut dahinya..Tergelak saya dibuatnya. Bau Nutriferon boleh dikatakan sedap dan boleh diterima oleh deria bau saya. Tapi bila sampai rasanya..agak payau dan tiada rasa apa sebenarnya..hehehehhe..Berbalik pada cerita suami saya, akhirnya dia habiskan segelas Nutriferon yang dibancuh tadi. Alhamdulillah..keesokan harinya demamnya kebah.

http://ibu-wawalawa.blogspot.com


Hari berikutnya anak-anak saya pula kena demam dan selsema. Sekali lagi tugas doktor tak bertauliah ni menjalankan kerjanya. Namun, ada rasa bimbang di hati saya. Bimbang mereka tak boleh menerima Nutriferon. Kali ini saya tak bancuh seperti yang saya lakukan pada suami. Saya hanya koyakkan 1 sachet Nutriferon ke dalam pinggan yang bersih. Kemudian, saya panggil mereka. "..sayang ibu semua, meh sini jap. Ibu nak bagi sesuatu..Nah, cuba rasa ni..(saya tunjukkan pinggan berisi Nutriferon tadi).."Apa ni ibu?" "Vitamin baru..sedap rasanya!! Macam Iced Lemon Tea.." Kemudian anak sulung saya mencubanya..Dia calitkan jarinya pada serbuk Nutriferon tu.."Mmmm..sedap.." Lepas tu diikuti anak kedua saya.." A ahlah..sedap..macam iced lemon tea..Gembiranya saya mereka menyukainya..Anak ke3 saya yang berumur setahun ketika itu, saya calitkan dibibirnya..saya beri dia jilat dihujung jari saya..Ternyata mereka sangat sukakan Nutriferon. Malah mereka lebih suka makan Nutriferon daripada makan ubat doktor.

Jadi kerja saya bertambah mudah setiap kali mereka jatuh sakit. Saya akan berikan mereka meratah Nutriferon..Kadang-kadang jer saya bancuh dengan air..Tapi yang paling mujarab, Nutriferon ni kita letakkan di atas lidah dan biar ianya serap sendiri. Itu yang terbaik..hehehehehe..

Oklah, rasanya dah panjang saya bercerita. Bulan April ini, bulan promosi Nutriferon. Beli 6 kotak Percuma 1 kotak..Best tu..! Sekotak ada 30sachet (1.2g)..Saya sering bawa Nutriferon ini ke mana sahaja..kerana keadaannya yang comel, dan tidak berat seperti vitamin lain saya akan letakkannya di dalam beg tangan saya. Masa ke Bandung baru-baru ini pun saya ada bawa 4 sachet Nutriferon. Manalah tahu tak sihat ker bila di sana..sediakan payung sebelum hujan.

Sebelum saya berhenti berceloteh..saya nak kongsi info sikit. Masa bila agaknya sesuai untuk ambil Nutriferon ini ya? Bila-bila masa sahaja (kepada yang mampu beli). Hari-hari pun boleh makan untuk tingkatkan imun di dalam badan. Selalunya saya akan cadangkan orang yang sakit ambil hari-hari Nutriferon sehingga pulih. Bila dah pulih ambillah seminggu sekali ke..Apabila Vitamin C tidak mampu untuk memberikan kuasa sembuh kepada sakit yang anda hadapi seperti demam, batuk dan selsema yang berpanjangan. Cubalah ambil Nutriferon! In Sha Allah, ia mampu membantu..

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.



Wednesday, March 13, 2013

Si Kecil Cilik Dumex Juga Perlukan Vitamin!

Sejak kebelakangan ini, dah banyak saya lihat kanak-kanak khususnya mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Ini kerana mereka terdedah kepada bakteria atau kuman yang boleh di dapati semasa mereka bermain, di sekolah, melalui kawan-kawan dan persekitaran. Sebagai ibu bapa kita perlu  melindungi anak kita namun bukanlah 100% kita harus bertindak memerhatikan mereka sepanjang mereka bermain atau semasa mereka di sekolah. Kita boleh membantu mereka dengan menyediakan makanan yang berkhasiat dan juga memberikan mereka makanan tambahan yang terbaik.



Justeru itu, Shaklee mempunyai makanan tambahan atau supplemen yang terbaik untuk si kecil cilik yang sedang membesar. Saya sebagai ibu bapa juga sudah mula merasai bukan kita orang dewasa sahaja perlu menjaga kesihatan, kanak-kanak juga perlu kerana mereka yang akan mewarisi generasi kita. Oleh itu, saya sudah mula memberikan anak-anak saya makanan tambahan kerana kadangkala kita tidak cukup memberikan mereka khasiat makanan melalui masakan. Yalah, kadang-kadang anak-anak ini suka memilih makanan. Ada yang tidak mahu makan sayur dan sebagainya. Jadi, supplemen atau makanan tambahan ini akan membantu menambahbaik & mencukupkan nilai nutrisi ke paras optimum demi mendapat kebaikan dari mineral2 yg terkandung di dalamnya.





  • Amat sesuai untuk anak-anak yang mengidap asma, lelah, semput.

Asma/athma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Hasil kajian mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
 
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah. Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi. Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel .
 
Antara ubatan yg biasa dicadangkan oleh doktor untuk merawat asma/ asthma adalah steroid.  Namun steroid memberi kesan sampingan di dalam jangka masa panjang. Kebaikan kandungan Omega 3 mampu bertindak seperti Steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana Steroid.   

  • meningkatkan daya ingatan - Pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih fokus!
  • membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan membantu sistem dalam tubuh berfungsi dengan baik untuk kesihatan yang optimum
  • memanaskan tubuh - jika anak anda atau anda selalu mengalami masalah selsema, semput, asma, ekzema. OmegaGuard membantu mengurangkan risiko asma dikalangan anak-anak
  • membantu meningkatkan DHA otak



CHEWABLE VITA-C PLUS 100mg


   
  • Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang sukar menelan tablet
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan dan mempercepatkan penyembuhan luka.

MEALSHAKES
 

  •  Sesuai untuk anak yang tiada selera makan, berat badan tidak bertambah, mempunyai masalah sembelit (kerana mereka makan makanan yang kurang unsur fiber/serat), selalu demam, selsema.
  • MealShakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.
  • Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
  • Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.

Jadi untuk apa lagi anda perlu tunggu untuk dapatkan makanan tambahan untuk anak-anak anda. Korbankanlah wang ringgit sedikit untuk pelaburan kesihatan yang berpanjangan. Jangan dah terhantuk baru terngadah!


-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.