Salam jumaat semua..
Selain daripada badan kita yang memerlukan makanan tambahan, jiwa kita juga perlu diberikan pengisian dengan ayat-ayat Al-Quran. Justeru itu, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengisian yang dapat ditaburkan di jiwa kita agar jiwa kita lebih tenang, yakin, bersih dalam menjalankan ibadah kita sehari-hari.
Al-Quran mengandungi 6,666 ayat menjadi panduan hidup umat manusia yang berperanan sebagai penawar pelbagai penyakit. Ketahui antara surah yang boleh dijadikan amalan harian bukan sekadar sebagai pelindung daripada bahaya dan malapetaka syaitan dan manusia malah merupakan kaedah membasahkan lidah mengingatiNYA..
- Surah Al-Fatihah
Amalkan membaca surah ini sebelum tidur diikuti dengan membaca surah Al-Ikhlas 3 x, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
- Surah Yaasin
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a)
- Surah Al-Waqi'ah
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, Insya Allah tidak akan merasai kepapaan.
- Surah Al-Khaafiruun
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca 1/4 Al-Quran dan terlepas daripada syirik, godaan syaitan serta peristiwa yang mengejutkan. (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur bacalah surah ini agar kita mati dalam iman.
- Surah Al-Mulk
Mereka yang mengamalkan membaca surah ini mendapat syafaat dan keampunan. Mereka yang membacanya setiap malam, Insya Allah akan terselamat daripada azab kubur.
Semoga ia dapat menjadi amalan kita seharian (terutamanya saya) dan semoga kehidupan kita diberkati olehNYA..
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri kita sendiri yang sering alpa..
Sekian, wassalam..
No comments:
Post a Comment