Hari ni saya nak kongsikan bagaimana cara menjadi ahli Shaklee? Tentu dalam diam ada yang teringin nak jadi ahli Shaklee. Bila jadi ahli apa yang terfikir dalam kepala boleh dapat harga ahli..sebenarnya banyak lagi faedah yang akan diperolehi apabila kita menjadi salah seorang keluarga Shaklee.
Cara-cara untuk menjadi ahli Shaklee seterusnya menjadi pengedar Shaklee:
- Isi borang keahlian - hantarkan sendiri ke HQ/Branch atau minta pengedar yang anda ingin berada di bawahnya untuk hantarkan bagi pihak anda (jika saya menjadi pilihan upline anda, saya akan uruskan pendaftaran bagi pihak anda)
- Yuran pendaftaran / keahlian adalah rm75 (Semenanjung Malaysia) rm85 (Sabah/Sarawak), NAMUN pelbagai pilihan diberikan jika anda mahu mendapatkan keahlian secara PERCUMA iaitu:
~ sebagai contoh barangan yang boleh mendapatkan keahlian percuma:
- Beli 2 botol Vivix; atau
- Beli 3 kotak Collagen Powder Shaklee
- Setelah itu, anda akan mendapat memberkit dari pihak Shaklee dan juga No ID anda sendiri untuk kegunaan anda di masa akan datang jika anda ingin membuat pembelian seterusnya. Oleh itu, anda sudah pun menjadi ahli Shaklee! Setelah mendapat No. ID, terpulang bagi anda samada untuk menjadi pengedar iaitu Shaklee Independant Distributor atau untuk kegunaan sendiri.
Kenapa anda perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee? Apa uniknya Shaklee?
- Shaklee adalah syarikat vitamin yang paling lama di dalam pasaran. Keaslian produknya iaitu secara semulajadi dan kesan baik yang didapati setelah menggunakan Shaklee telah menambat hati saya untuk menjadi ahli dan seterusnya pengedar.
- Shaklee merupakan syarikat MLM yang paling adil. Jika kita sudah berada di tahap pemimpin (bermula tahap Supervisor) bermakna kita sudah ada jarak dengan upline kita. Shaklee tidak menggunakan skim piramid oleh itu bayaran bonus akan dibayar mengikut pendapatan yang kita perolehi. Jika banyak yang kita usahakan, banyaklah bonus yang diberikan oleh Shaklee. Jika kita rajin berusaha, kita mampu mendapat bonus melebihi upline dan melangkau pangkat upline.
- Bonus tidak akan dibayar melalui upline atau sponsor kita tapi secara terus kepada kita di dalam bentuk tunai oleh syarikat Shaklee. Anda tidak perlukan downline untuk dapatkan bonus.
- Harga produk Shaklee amat berpatutan dan tidak akan membebani pengguna dan kualitinya setanding dengan harga yang kita bayar. Malah, produknya adalah asli dan semulajadi di mana tiada silika gel di dalam botol vitamin Shaklee. Produknya selamat, tanpa pewarna, perasa tiruan, halal dan diyakini serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Namun apakah kelebihan jika anda mendaftar di bawah kumpulan kami?
- Kami akan melatih, memberi tunjuk ajar kepada anda jika anda berminat untuk menjadikan bisnes Shaklee sebagai sebahagian pendapatan sampingan anda.
- Waktu yang amat fleksibel kerana dilakukan di rumah. Anda yang menguruskan sendiri masa anda. Dah ramai yang berjaya menjadi WAHM (Work at home mother).
- Seminar atau training tertutup yang diadakan adalah mesra keluarga kerana anda boleh membawa keluarga dan anak-anak sekali! Jadi tidak perlu tinggalkan anak-anak di rumah bersama bibik!
Jadi, apa tunggu lagi sertai kami sekarang! Semoga keahlian Shaklee anda mampu menjadi titik tolak kejayaan anda di masa akan datang! Jumpa nanti..
--------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment