ada 2 teknik perahan yang boleh dipraktikkan:
Perahan Guna Tangan
- Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
- Urut perlahan-lahan atau tuam payudara beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
- Buat pegangan C pada payudara.Letakkan ibu jari diatas payudara berdekatan areola manakala jari-jari yang lain dibawah.Tekan payudara ke belakang ke arah dada.Picit dengan lembut selama 2 saat dan lepaskan.Teruskan sehingga susu keluar.
- Pusing dan picit dari semua arah.Ulang proses ini sehingga tiada lagi titisan susu dan tukar ke payudara sebelah.Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
Perah Guna Pam
- Baca Panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.Basuh dengan bersih dan steril peralatan mengepam.
- Basuh tangan dengan bersih.
- Ransang puting payudara untuk menghasilkan refleks let-down.
- Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
- Mulakan sesi mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah kemudian barulah ditingkatkan kelajuan mengikut keselesaan.
- Pam di kedua-dua belah antara 10-20 minit bergantung pada individu.
Penting untuk memilih pam yang tidak akan menyebabkan payudara sakit.pendek kata pam itu mestilah selesa dan sesuai dengan situasi anda lakukan perahan susu tidak kira sama ada ia manual, menggunakan kuasa bateri atau elektrik.
Simpan Susu
Bekas penyimpanan susu mestilah bersih dan steril.ia berupa bekas plastik berbucu keras atau botol susu bebas BPA mahupun plastik yang direka khas untuk penyimpanan susu perahan ibu.Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas penyimpan susu bagi membolehkan proses pengembangan berlaku semasa pembekuan.Jangka Hayat Susu
- Suhu bilik (19 hingga 26 darjah celcius).Mesti digunakan dalam 4 jam.
- Beg pendingin (kurang 4 darjah celcius).Bertahan sehingga 12-24 jam.Pastikan beg mencukupi ais.
- Peti sejuk(rak bawah).Hendaklah digunakan dalam tempoh 3-5 hari.Jika stock berlebihan,sipan ke bahagian beku.
- Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku).Perlu digunakan dalam tempoh 2 minggu.
- Peti sejuk 2 pintu (bahagian beku).Boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan.
- Peti sejuk deep freezer.Boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan.
Sentiasa gunakan susu perahan yang paling awal diperah.Sebaiknya dilabelkan setiap susu yang diperah mengikut tarikh dan masa perahan untuk kemudahan anda.Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.Apabila hendak menyusukan bayi,rendam bekas susu perahan di dalam bekas berisi air panas atau didih selama beberapa minit sehingga susu mencapai tahap suhu yang diingini.Panaskan mengikut kuantiti yang hendak digunakan.Susu yang dibekukan akan memperlihatkan bahagian lemak yang terpisah menjadi 2 lapisan,goncang perlahan-lahan untuk gabungkan semula lemak yang terpisah itu.
Elakkan memanaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas tungku dapur.Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam.
Tahukah anda bahawa susu ibu yang
dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses
pembekuan.Namun komposisinya masih jauh lebih baik daripada susu
formula.
Berbanggalah jika anda dapat memberi susu perahan kepada bayi anda.
credit: Lyn Azlinawati
--------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment