Thursday, January 10, 2013

Bayi Tongue-tie Sukar Menyusu

Salam semua..

Hari ini saya nak kongsikan tentang masalah Tongue-tie. Adakah anda tahu apa itu Tongue-tie? Sesetengah pihak mengaitkannya dengan masalah percakapan atau lidah pendek. Istilah yang lebih tepat boleh digunakan untuk merujuk masalah Tongue-tie ini ialah bayi atau kanak-kanak yang mempunyai masalah bahagian hujung lidah yang terikat di bahagian bawah mulut oleh seurat tisu dikenali sebagai lingual frenulum dan menyekat pergerakan lidah.

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2013/01/bayi-tongue-tie-sukar-menyusu.html


Walaupun Tongue-tie dikatakan tidak mendatangkan masalah untuk makan atau pertuturan, namun sesetengah bayi akan mempunyai masalah dengan penyusuan kerana mereka tidak akan dapat menggunakan lidah untuk menghisap susu dengan sempurna serta tidak akan mendapat susu yang cukup.


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2013/01/bayi-tongue-tie-sukar-menyusu.html


Manakala ibu pula akan menghadapi puting melecet, bahkan ada ketika sampai berdarah akibat mulut bayi yang menempel pada puting dan gusi akan mengunyah puting.

Apakah simptom-simptom Tongue-tie pada bayi?

  • bayi sukar/gagal membuka mulut sehingga sukar untuk menghisap puting
  • bayi boleh menjadi kembung atau cepat kenyang disebabkan banyak menghirup udara daripada menghisap susu
  • bayi akan mengeluarkan bunyi bising semasa menyusu
  • susu terkeluar dari mulut semasa sedang menyusu disebabkan bayi tidak mengunci payudara dengan bibirnya
  • tersedak, batuk bahkan ada ketikanya muntah ketika menyusu disebabkan kesukaran bayi memasukkan puting ibu mengarah ke kerongkongnya
  • berat badan bayi terencat/tidak bertambah (lambat)

Bagaimana pula dengan diagnosis dan rawatan Tongue-tie?


Biasanya Tongue-tie dapat dikenalpasti menerusi pemeriksaan rutin perubatan bayi dalam tempoh 24jam pertama selepas kelahirannya. pakar pediatrik akan meletakkan jari di dalam mulut bayi untuk memeriksa lelangit dan lidahnya.

Dari segi rawatan, dalam sebahagian kes masalah ini boleh pulih sendiri menjelang akhir tahun pertama usia bayi. Walau bagaimanapun, jika bayi masih mempunyai masalah selepas tempoh berkenaan, pakar pediatrik boleh mempertimbangkan kaedah pembedahan.

Pembedahan juga mungkin dilakukan sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah pertuturan atau tidak memberi maklum balas terhadap rawatan terapi pertuturan.

Dalam satu kajian yang dijalankan pakar bedah pediatrik menunjukkan pembedahan pembahagian frenulum berjaya membolehkan kira-kira 60 peratus bayi menyusu dengan jayanya untuk sekurang-kurangnya tiga bulan selepas pembedahan.

Oleh itu, janganlah ibu semua berputus asa untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu jika bayi anda mempunyai Tongue-tie. Dapatkan rawatan daripada yang pakar mengenai masalah ini. Bayi anda berhak mendapatkan yang terbaik iaitu susu ibu.

sumber: Majalah Seri Dewi dan Keluarga (Jan 2013/ Bil 205)

--------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment