Salam semua..
Entry saya kali ini saya nak sentuh pasal dunia penyusuan. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Sebab itu kita lihat bayi yang disusui dengan susu ibu jarang sakit kerana susu ibu mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda.
Namun ada ketikanya ibu menghadapi cabaran dalam menyusui bayinya. Antaranya susu kurang, susu jatuh merudum, puting tenggelam, bayi mengalami tongue-tie dan sebagainya. Hari ini saya nak kongsikan teknik yang boleh digunakan jika susu ibu kurang dan ingin membuat stok. Teknik itu dipanggil POWER PUMPING!
Apa itu Power Pumping?
Power pumping merupakan teknik biasa yang digunakan untuk mengepam susu tetapi dilakukan dengan cara yang agak unik bagi membantu penghasilan susu. Teknik ini dirangsangkan daripada gaya bayi menyusu bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.
Bagaimanakah caranya melakukan Power Pumping ini?
Jika menggunakan single pump - Lakukan seperti sesi pam biasa di mana lakukan 10 minit untuk setiap payudara selama 1 jam. Sebagai contoh, pam payudara kanan 10 minit, kemudian tukar payudara kiri pam 10 minit juga. Kemudian tukar kembali ke payudara kanan dan sebaliknya. Lakukan sesi ini selama satu jam.
Jika menggunakan double pump - Lakukan pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat/berhenti 10 minit, sambung kembali 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan ibu melakukan sesi ini selama sejam, sehari sekali untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Siapakah yang perlu melakukan Power Pumping ini?
- Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk menghasilkan lebih banyak susu semula - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
- Ibu yang ingin relaktasi/ingin menyusukan anak semula setelah berhenti seketika.
Namun, diingatkan ibu perlu melakukan Power Pumping ini selama seminggu bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki kerana susu tidak cepat keluar atau banyak dengan hanya usaha yang sekejap atau sedikit. Lakukan dengan sungguh-sungguh walaupun ada ketikanya kita hanya mengepam angin. Teruskan usaha sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Di bawah ini merupakan testimoni seorang ibu yang melakukan teknik Power Pumping. Jom baca kisahnya!
------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.
.
No comments:
Post a Comment