Banyak penyakit yang boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan jantung atau strok antaranya tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, fibrilasi atrium atau kencing manis . Mengambil tindakan seawal mungkin dapat membantu untuk mengurangkan peluang anda mendapat serangan jantung dan strok.
Set Healthy
Circulatory Shaklee dibawa khas dalam membekalkan nutrien yang penting
dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.
Suplement untuk jantung |
Untuk mengekalkan
jantung yang kuat dan sihat, anda tidak perlu menunggu sehingga umur
anda mencecah 40an atau anda mendapat simptom2 penyakit jantung.
Amalkan gaya hidup yang sihat dari awal untuk masa depan anda dan keluarga anda.
1. Sedikit latihan setiap hari.
Senaman yang
sederhana dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 30% kepada
50%. Cuba luangkan masa 30 minit untuk senaman aerobik
sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Selain itu cuba untuk berjalan kaki
selama 15 minit pada waktu pagi dan sebelum makan tengah hari.
2. Tetapkan matlamat yang bersesuaian untuk menurunkan berat badan.
Jika anda mempunyai
berat badan berlebihan atau obes, anda tidak perlu untuk kurus dengan
mendadak untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Ini
kerana dengan penurunan 5% hingga 10% daripada berat badan anda sudah
dapat menurunkan tekanan darah, tahap kolesterol dan gula dalam darah.
3. Ambil ubat jantung anda. (sekiranya telah disahkan menghidap penyakit jantung)
Satu kajian
mendapati bahawa 130,000 rakyat Amerika mati setiap tahun kerana mereka
tidak mengambil ubat-ubatan jantung menbgikut apa yang telah doktor
mereka sarankan.
4. Jaga pemakanan.
Makan mengikut diet
yang sihat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 24%. Isi
pinggan anda dengan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan,
dan daging tanpa lemak.
5. Makan coklat sedikit. ( I LOVE CHOCOLATE)
Beberapa kajian
menunjukkan bahawa orang yang makan coklat lebih daripada sekali
seminggu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak hampir 40%,
kencing manis kira-kira 30%, dan strok kira-kira 30%. Sehingga
penyelidik menentukan jumlah coklat yang sebenar untuk mengurangkan
risiko, sebaiknya ambil coklat dalam kuantiti yang kecil supaya anda
tidak mendapat berat badan berlebihan dan akan membuatkan jantung anda
bekerja keras.
7. Jangan merokok.
Merokok secara
mendadak meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Anda tidak
perlu menjadi antara salah seorang dalam statistik perokok. Setiap
tahun, kira-kira 46000 orang mati akibat penyakit jantung yang berkaitan
dengan pendedahan kepada asap rokok mereka.
8. Berjumpa la dengan doktor gigi.
Mencuci gigi anda
setiap 6 bulan boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 24%
dan strok sebanyak 13%. Seseorang doktor gigi juga boleh melihat
tanda-tanda penyakit jantung - seperti gusi bengkak atau gigi longgar.
9. Memberi perhatian kepada gejala/simptom/tanda luar biasa.
Jangan berharap
simptom2 anda akan pergi begitu sahaja. Berjumpalah doktor anda untuk
sebarang tanda-tanda luar biasa - seperti sesak nafas, perubahan dalam
rentak jantung, atau keletihan. Terdapat banyak rawatan awal yang doktor
boleh lakukan untuk merawat masalah jantung - sekiranya anda berjumpa
dan mendapatkan nasihat doktor.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang
pertanyaan.
No comments:
Post a Comment