Merancang Untuk Hamil
Tidak mudah untuk
hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan
perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan
yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda
untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang
perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda
merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk
meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
Jika haid anda
teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan
sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan
berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di
salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas
itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah
kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi
menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga
memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda.
Pastikan anda bebas
dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst,
endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan
sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda
dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan
yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah
sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1
tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa
sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur
fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Sekiranya anda
mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin
boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan
cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan
berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda.
Hari subur anda
cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur,
anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya
dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan
asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir
serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh
membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi
dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap.
Melakukan seks
dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan
cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari
subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh
membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas
(missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan
penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.
Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung
anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj
selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami.
Pastikan kesihatan
reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat
termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak
merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat
sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda
boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin.
Adalah disarankan
kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian
termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula
disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran
sperma.
8. Bersenam secara rutin .
Bersenam adalah
cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk
menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal
pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah
ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah
satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan
masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah
ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan
wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya
berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan.
Life is stressful,
memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun
terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat
aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.
Merokok, mengunakan
dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif
kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi
kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan
minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
Kami di Shaklee dapat membantu anda dengan membekalkan suplement, vitamin dan mineral.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Hubungi saya Fazlina Azhari di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang
pertanyaan.
No comments:
Post a Comment