Thursday, January 31, 2013

Cabaran Redah Kasi Pecah Lemak Degil Saya!!

Salam semua..

Bila baca je tajuk di atas mesti semua terkejut dan terkesima dengan kenyataan itu...hehehhehe..Secara rasminya saya ingin melakukan cabaran dalam menurunkan berat badan. Almaklumlah mesti semua dah tahu yang saya ini berisi orangnya..usah kata berisi sudah jadi obesiti..;( 

Tahun ini merupakan tahun kedua saya menjadi pengguna Shaklee sekaligus pengedar. Setakat hari ini, saya secara jujurnya belum lagi menjual set menguruskan badan atau pelangsingan oleh Shaklee. Ini kerana saya tidak yakin bahawa saya boleh menarik minat pelanggan saya sedangkan saya bukan orang yang kurus. Dah tentu mereka tidak percaya, kan? (Kalau mana yang tidak tahu, Shaklee ada pelbagai produk dari penyusuan, kesihatan optimum, penyakit, pembersihan rumah sehinggalah set kecantikan. Termasuk juga set untuk menguruskan badan). 
Semua saya dah pernah jual cuma set menguruskan badan dan membentukkan badan dan seangkatannya tidak pernah lagi saya jual. Ini kerana saya ingin sendiri mencuba dulu sebelum memberitahu orang lain. Sememangnya itu memang sikap saya. Tak suka dengar cakap orang sahaja, cuba dulu baru boleh cerita.

Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk mencuba sendiri set langsing ini iaitu Set Shaklee Shape-Up selama 4 bulan. Kenapa 4 bulan? Kerana saya tidak percaya kepada produk yang 1 minggu boleh turun 10kg!! Karut! Bagi saya untuk mendapat hasil yang baik kita harus memberi ruang atau waktu. 4-6 bulan adalah masa yang terbaik kerana kesan atau efektif sesuatu supplemen bergantung kepada fizikal seseorang. Seperti yang saya selalu cakap dengan emak saya, makan supplemen Shaklee tak bolehlah satu hari dah terus berkesan. Kita harus beri peluang kepada supplemen untuk menerima/meresap keadaan dalaman kita. Harus konsisten. Betul tak? Istiqomah perlu ada.

Itulah cabaran saya. Saya ingin menurunkan berat badan saya dari berat sekarang (belum bersedia untuk reveal, nanti saya beritahu ya) ke berat yang saya impikan iaitu 52-56kg iaitu berat ideal saya yang sepadan dengan ketinggian saya. Mampukah saya? Itulah cabaran saya yang perlu saya lakukan. Sebelum itu, saya nak perkenalkan dulu Set Shaklee Shape-Up ini. 

Apa yang ada di dalam set ini? Ianya terdiri daripada;

  1. Cinch Shake Mix
  2. Cinch Energy Tea Mix
  3. Lecithin
  4. Herb-Lax

Apakah kebaikan produk ini?

  • Badan yang langsing dan rapi
  • Nampak lebih anggun
  • Rasa unggul
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Jadi mulai 1hb Februari 2013, saya akan memulakan CABARAN REDAH KASI PECAH LEMAK DEGIL SAYA!! Saya akan mengamalkan produk Set Shaklee Shape-Up ini untuk menurunkan berat badan saya. In sha Allah saya akan kongsikan dari semasa ke semasa cabaran saya ini. Sebelum itu;

Kenapa saya nak buat cabaran ini ya?

  1. Umur yang semakin meningkat bimbang penyakit akan datang menjengah kita.
  2. Selalu kena sindir dengan orang sekeliling (suami saya secara indirectly ada tegur tapi dalam keadaan yang saya tidak terasa hati, mungkin takut kena tidur luar..hahahahha). Dia sebenarnya tidak kisah kerana dia suka yang berisi tapi saya dah terlebih isi..hahahhaha..tagline dia biar berisi tapi sihat. Kesihatan perlu jaga katanya. Anak pun selalu cakap yang saya ni dah tak cantik sekarang, ibu dulu kurus lagi cantik bila dia lihat album lama..huhuhuhuhu..
  3. Saya dah mula bosan dengan keadaan sekarang yang susah nak pilih baju. Susah cari saiz!
  4. Dah mula sakit lutut, jadi itu tanda yang saya perlu turunkan berat badan! Lagipun kaki saya kecil tak boleh nak menampung berat badan ni.
  5. Saya merupakan pengedar Shaklee, saya patut cuba produk ini. Walaupun saya telah didekati oleh jenama produk lain namun, Shaklee di hatiku!! Saya perlu yakinkan semua orang dengan penampilan saya. Kalau saya pengedar tapi tak sokong produk yang saya jual, baik tutup buku. Paling penting, saya sukakan Shaklee dan keluarga Shaklee yang berada di sekeliling saya. Terutama yang atas-atas. (Moyang, nenek, mak dan sebagainya). Penglibatan saya di dalam keluarga Shaklee ini banyak membuka minda dan hati saya. (Suatu hari nanti saya akan kongsikan, apakah dia..yang pasti mereka bukan mengajar saya tentang bagaimana mencari duit, menjana pendapatan wang yang banyak sahaja tetapi mengajar bagaimana untuk mengejar akhirat juga.)
Oleh itu, doakan saya dan sokonglah apa yang saya ingin lakukan ini. Semoga Cabaran Redah Kasi Pecah Lemak Degil Saya ini akan beroleh kejayaan yang saya impikan. Kita jumpa lagi entry cabaran ini dari 4 bulan dari sekarang! Jumpa nanti ya..

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Primadona Wanita Shaklee Terserlah!

Kesihatan amat penting bagi seorang wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keluarga juga orang disekelilingnya. Kita dapati yang wanita sering sibuk dengan kerja rumah dan karier mereka namun ramai yang tidak ambil peduli dengan kesihatan mereka.

Wanita melalui beberapa peringkat perubahan hormon di dalam kehidupan mereka iaitu dari peringkat baligh kepada kehamilan dan putus haid. Setiap peringkat kehidupan yang dilalui memerlukan penjagaan yang istimewa. Diet yang seimbang, senaman dan makanan tambahan yang betul sangat penting untuk mereka kekal sihat dan mencegah daripada penyakit yang berkaitan dengan usia seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung.

Wanita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya:
  • Akil Baligh
  • Pra kehamilan
  • Kehamilan
  • Pra Menopos
  • Menopos
  • Selepas menopos
Oleh itu Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya. Produk itu ialah Set Kesihatan Wanita (Women's Health Set).



Kebaikan set ini adalah:
  1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  2. Menggalakkan kulit yang cantik
  3. Menggalakkan tulang yang kuat
  4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  5. Melegakan sakit-sakit sendi
Set Kesihatan Wanita ini terdiri daripada:
  1. GLA Complex
  2. Ostematrix
  3. OmegaGuard


Jadi, untuk mendapatkan kesihatan yang optimum Shaklee menyarankan Vivix perlu di ambil bersama dengan Set Kesihatan Wanita ini!
Jom dapatkan hari ini untuk dihadiahkan kepada insan yang sangat penting iaitu wanita! 


----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Ultraman ACE Set Shaklee!!

Salam semua..

Hari ini saya nak kongsi tentang antara produk yang ditawarkan oleh Shaklee, iaitu Set ACE. Macam bunyi Ultraman Ace lah pulak..hehehehhe..Shaklee menawarkan supplemen antioksidan  yang kuat untuk melawan  radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan.

Apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada set ACE ini?

  • Menguatkan sistem imun
  • Berasa muda
  • Meningkatkan tahap kesihatan

Vitamin apa yang terdiri di dalam set ACE ini?

  1. Carotomax
  2. Sustained Released Vita C
  3. Vita-E Complex



Kenapa kita perlukan Set ACE ini?


Sekarang ini kita amat memerlukan lebih perlindungan antioksidan daripada dahulu. Pencemaran pendedahan kepada cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA dalam tubuh. Antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini.

Jadi, tunggu apa lagi, memaksimakan perlindungan antioksidan anda dengan set ACE ini! Dapatkan segera daripada saya! Ooopps, memandangkan Sustained Released Vita C bulan April 2013 baru ada, saya akan gantikan dengan Chewable Vita C yang sedap itu!

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.


Monday, January 28, 2013

Ayat-Ayat Cinta Semasa Hamil!

Salam semua..

Lihat tajuk di atas mesti ingat saya nak bagi tips untuk meng"ayat" kekasih atau isteri/suami..Hehehehehe..Sebenarnya saya nak kongsikan supplemen yang boleh saya cadangkan apabila anda disahkan hamil.

Buat anda yang baru disahkan hamil, tahniah saya ucapkan! Maka bermulalah episod ayat-ayat cinta anda dengan janin/bayi di dalam rahim anda. Bukannya disuruh mengarang ayat cinta tetapi dinasihatkan ambillah supplemen yang mampu memberi kesihatan yang baik pada anda dan bayi. Terutama di awal kandungan, penjagaan yang rapi perlu dilakukan tidak kisah dari segi pemakanan, pergerakan dan lain-lain. Semua perlu diambil kira. Kerana di awal kandungan terutama trimester pertama anda dinasihatkan menjaga dengan baik kandungan anda. Ambil makanan yang berkhasiat, banyakkan berehat, jangan terlalu lasak dan yang paling penting beri makanan kepada bayi di dalam perut dengan supplemen yang terbaik untuk tumbesaran mereka semasa di dalam rahim kita.



Waktu kehamilan dibahagikan kepada 3 trimester. Trimester pertama, kedua dan ketiga. Namun 3 bulan pertama iaitu semasa berada di trimester 1, kandungan amat sensitif dan perlu dijaga sebaiknya. Apakah supplemen yang perlu diwaktu ini?

Set Ibu Mengandung Untuk Trimester 1 terdiri daripada;
-------------------------------------------------
1- OsteMatrix(Calcium Magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

2- Vitamin B Complex - 1 biji sehari

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

3- Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

4- Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam, mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.



Apabila kandungan sudah menjejak kepada ke4 bulan, boleh dikatakan kandungan agak stabil dan semakin membesar. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan supplemen perlu ditingkatkan bagi kesihatan janin/bayi anda. 


Set Ibu Mengandung Untuk Trimester 2 & 3 terdiri daripada;
---------------------------------------------------
1- OsteMatrix(Calcium Magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya..Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

2- Vitamin B Complex - 1 biji sehari

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

3- Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

4- Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam, mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

5- OmegaGuard (Omega 3) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. 


Jadi, dapatkanlah supplemen yang terbaik untuk kandungan anda. Jangan sesekali skip makan vitamin semasa mengandung ya! Nak dapatkan supplemen Ibu Mengandung, hubungi saya sekarang!

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 

Saturday, January 26, 2013

Betul ke Bohong? : Krisis Pemulihan

Salam semua..

Pernah dengar terma krisis pemulihan atau healing crisis ? Mari kita lihat di bawah secara terperinci makna krisis pemulihan. Betul ke bohong krisis ini akan terjadi?

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sia, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.




Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.





Di waktu jangkamasa krisi pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 

Friday, January 25, 2013

Setia Hujung Nyawa dengan ESP!




Salam semua..

Entry yang lepas-lepas saya ada menulis tentang kebaikan ESP Isolate Powder Shaklee yang menjadi kesukaan saya dan semua orang. ESP menjadi item yang paling hot di kalangan pengguna produk Shaklee. Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan hasil yang diperolehi setelah mengamalkan ESP Isolate Powder ini. Malah ada yang berulang kali membuat pesanan bagi mendapatkan khasiat yang berterusan daripada ESP ini. Wah, memang setia betul penggemar ESP ini kalau boleh mahu setia hingga hujung nyawa..;) (macam tajuk drama pulak..). Ini kerana ESP Isolate Powder Shaklee berbeza dengan yang lain!

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/10/kebaikan-esp-soy-protein-shaklee-telah.html

Di bawah ini ada saya titipkan beberapa testimoni pengguna yang menggunakan ESP Isolate Powder..saya bukan cakap sebarangan ya..malah saya juga pengamal ESP yang setia hujung nyawa juga! Hehehehe..Silalah membaca ya..jangan lupa dapatkan satu ESP Isolate Powder hari ini juga!

 Testimoni 1
 
http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/10/kebaikan-esp-soy-protein-shaklee-telah.html


Testimoni 2


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/10/kebaikan-esp-soy-protein-shaklee-telah.html

 Testimoni 3


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/10/kebaikan-esp-soy-protein-shaklee-telah.html

 Testimoni 4


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/10/kebaikan-esp-soy-protein-shaklee-telah.html


Testimoni 5




Dapatkan ESP Isolate Powder hari ini juga! Ada sesuatu yang menarik menanti anda jika membeli dengan saya!
------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan. 

Dalam Hati Ada Taman dengan Set Berpantang!

Salam semua..

Sehangat Asmara cinta Adam dan Hawa masa berkahwin, begitu jugalah hati kita bila menimang cahayamata..seolah-olah Dalam Hati Ada Taman..apatahlagi dapat bayi yang comel dan sihat. Seronok bukan kepalang, hilang semua sakit masa nak keluarkan bayi..;)

Selepas itu ibu akan menghadapi sesi berpantang pula, semasa waktu berpantang inilah ibu perlu menjaga kesihatan dengan sebaiknya..keseluruhannya perlu di ambil kira dari segi pemakanan dan menjaga kesihatan fizikal dan mental.


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/02/set-berpantang-shaklee.html


Saya nak kongsikan tentang supplemen Shaklee yang boleh diambil semasa berpantang. Cadangan supplemen itu adalah seperti berikut;
  1. Vitalea - sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah
  2. B Complex - membantu menstabilkan hormon badan kita dan mengurangkan tekanan ibu dalam pantang
  3. Vitamin C - meningkatkan antibodi secara konsisten dan memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin
  4. Zinc Complex - membantu proses pemulihan luka bersalin dan mengurangkan keguguran rambut
  5. ESP Isolate Powder - membekalkan tenaga kepada ibu dan memperbanyakkan susu badan
  6. Ostematrix - membekalkan kalsium kepada ibu terutama dalam penyusuan bayi

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/02/set-berpantang-shaklee.html

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/02/set-berpantang-shaklee.htmlhttp://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/02/set-berpantang-shaklee.html



Cadangan supplemen berpantang ini juga amat sesuai untuk ibu yang tidak mahu mengamalkan jamu semasa berpantang tetapi mahu kekal cergas. Apakata dapatkan sekarang!




------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, January 23, 2013

Vitamin untuk Suami!

Salam semua..

Nak tanya u ols sayang tak dengan suami? Cinta tak dengan suami? Saya sayang suami saya. Saya cintakan dia. Bila dia jatuh sakit, demam atau seangkatan dengannya, saya akan mula risau. Dia merupakan tulang belakang saya. Tanpa dia saya rasa kehilangan. Dia seorang yang sangat membantu..Very helpful bak kata orang putih. Oleh kerana saya cintakan suami saya, saya selalu berikan vitamin untuknya! Nak tahu apa yang saya bagi?

Vitamin-vitamin yang saya beri ini dinamakan Set Men's Vital Health. Terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard dan Zinc. Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada set ini adalah meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan, memelihara kesihatan prostat, memelihara jantung yang sihat di samping mengawal tahap kolesterol dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.

Vita E Complex



Kajian pada tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kitaran sperma mereka. Di samping itu, mampu menyihatkan jantung mereka.

Zinc Complex



Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Pengambilan Zinc mampu melindungi prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian Zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%. Di samping pengambilan Zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

Omega Guard



Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Selain itu, Omega Guard mampu mencegah penyakit saluran darah dan strok serta membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

Oleh itu, sayangi suami anda dan berikan makanan tambahan yang terbaik untuk mereka! Set ini amat sesuai dijadikan hadiah sempena hari lahirnya juga! Suami sihat keluarga bahagia!

------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.


 




Monday, January 21, 2013

Listen, Listen, Listen..Hebatkah Power Pumping?

Salam semua..

Entry saya kali ini saya nak sentuh pasal dunia penyusuan. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Sebab itu kita lihat bayi yang disusui dengan susu ibu jarang sakit kerana susu ibu mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda.

Namun ada ketikanya ibu menghadapi cabaran dalam menyusui bayinya. Antaranya susu kurang, susu jatuh merudum, puting tenggelam, bayi mengalami tongue-tie dan sebagainya. Hari ini saya nak kongsikan teknik yang boleh digunakan jika susu ibu kurang dan ingin membuat stok. Teknik itu dipanggil POWER PUMPING!

Apa itu Power Pumping?


Power pumping merupakan teknik biasa yang digunakan untuk mengepam susu tetapi dilakukan dengan cara yang agak unik bagi membantu penghasilan susu. Teknik ini dirangsangkan daripada gaya bayi menyusu bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.

Bagaimanakah caranya melakukan Power Pumping ini?


Jika menggunakan single pump - Lakukan seperti sesi pam biasa di mana lakukan 10 minit untuk setiap payudara selama 1 jam. Sebagai contoh, pam payudara kanan 10 minit, kemudian tukar payudara kiri pam 10 minit juga. Kemudian tukar kembali ke payudara kanan dan sebaliknya. Lakukan sesi ini selama satu jam.

Jika menggunakan double pump -  Lakukan pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat/berhenti 10 minit, sambung kembali 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan ibu melakukan sesi ini selama sejam, sehari sekali untuk menghasilkan lebih banyak susu.


Siapakah yang perlu melakukan Power Pumping ini?

  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk menghasilkan lebih banyak susu semula - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang ingin relaktasi/ingin menyusukan anak semula setelah berhenti seketika.

Namun, diingatkan ibu perlu melakukan Power Pumping ini selama seminggu bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki kerana susu tidak cepat keluar atau banyak dengan hanya usaha yang sekejap atau sedikit. Lakukan dengan sungguh-sungguh walaupun ada ketikanya kita hanya mengepam angin. Teruskan usaha sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Di bawah ini merupakan testimoni seorang ibu yang melakukan teknik Power Pumping. Jom baca kisahnya!



------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.












.

Sunday, January 20, 2013

Garlic Complex miliki sifat PENYEMBUH!

Salam semua..

Anda kenal dengan Bawang Putih? Bila kita makan masakan yang terlalu banyak kandungan bawang putih akan mengundang bau yang terlalu kuat dan kurang menyenangkan..Namun dari dulu lagi kita tahu bahawa khasiat Garlic adalah sebagai penyembuh.




 Shaklee juga mempunyai bawang putihnya untuk dijadikan sahabat memelihara kesihatan anda! Memperkenalkan GARLIC COMPLEX!



Apa yang membezakan Garlic Complex Shaklee dengan Garlic yang lain?

Garlic bila dibuang kulitnya ia tidak mengeluarkan bau, tapi bila sahaja ianya dipecahkan atau dipotong reaksi antara Allin dan Allinese (enzim) akan mengeluarkan ALLICIN yang mengeluarkan baunya.

Garlic Complex Shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet Garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic, di mana perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung)). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Manfaat Utama Garlic Shaklee adalah:

  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yamg sensitif, sinus, alergi, asma, selsema, hepatitis.
  • Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa, plumbum dan kadmium iaitu logam toksik dari tubuh dengan pantas.
  • Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah Kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.
  • Arthritis - bantu mengurangkan  bengkak-bengkak pada sendi serta sakit berkaitan akibat bengkak-bengkak tersebut.
  • Sejuk-sejuk pada kaki dan tangan (Cold hands and feets)

Garlic Complex Shaklee dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California di waktu musim panas.

Dapatkan sekarang demi untuk kesihatan anda!

----------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, January 17, 2013

Vitamin / Supplemen adalah perkara WAJIB kini!


Salam semua..

Tengok pada tajuk di atas mesti semua tertanya-tanya kenapa supplemen wajib diletakkan dalam senarai keperluan masa kini. Di bawah ini saya nyatakan mengapa vitamin adalah penting. Apatahlagi di zaman sekarang yang terdapat pelbagai penyakit, terdedah dengan keadaan yang tidak sihat, sewajarnya pengambilan supplemen atau vitamin tidak boleh dipandang ringan.

Mengapa Vitamin / Supplemen adalah penting?

  • Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur
  • Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak
  • Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan
  • Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda
  • Anda mungkin terlalu kerap makan di luar
  • Gaya hidup anda tidak aktif
  • Pekerjaan anda banyak STRESS
  • Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan lain

Siapakah yang sangat perlu kepada vitamin?


  • Pengidap penyakit yang tenat
  • Orang yang memelihara diet makanan
  • Orang yang terlalu banyak alahan "alergi" terhadap makanan harian
  • Kanak-kanak yang membesar
  • Remaja yang meningkat usia / pelajar sekolah
  • Ibu dan ibu yang hamil
  • Orang-orang tua yang lanjut umur
  • Ahli sukan
  • Mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang "stress"
  • Selepas pembedahan
  • Pekerja shift yang tidak menentu masa
  • Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan

Namun begitu, pemilihan suatu makanan tambahan adalah sangat berbeza dari pemilihan membeli kereta. Kita boleh tahu bila kereta itu tidak berfungsi dengan baik. Jika rosak, ia boleh dibaiki atau diganti. Kesilapan membeli makanan tambahan menyebabkan kesan jangka panjang. Tiada penyakit yang terjadi semalaman. Ketahui apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda kerana kesihatan anda beberapa tahun lagi adalah akibat dari apa yang anda makan sekarang! Pilih untuk kebaikan! Pilih untuk sihat!

Dapatkan vitamin / supplemen anda sekarang! Anda mampu mengubahnya!

----------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, January 16, 2013

B Complex Bagus Untuk Pelajar!

Salam semua..

Hari ini saya ada satu supplemen yang ingin saya kongsikan khusus untuk pelajar. Apabila belajar mental dan jasmani digunakan sekaligus. Kedua-duanya berkait rapat bagi mempastikan kita dapat menimba ilmu dan belajar sesuatu dengan mudah dan baik.
Oleh itu, supplemen/vitamin diperlukan untuk membantu pelajar lebih tumpuan di dalam kelas di samping memberi tenaga.

Mengapa B Complex bagus untuk pelajar?


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/02/vitamin-untuk-pelajar.htm


B Complex pada keseluruhannya adalah menukarkan tenaga untuk proses minda di mana ia dapat meningkatkan kapasiti belajar, konsentrasi dan ingatan.

Mari kita uraikan satu persatu nutrisi yang ada di dalam B Complex :


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/02/vitamin-untuk-pelajar.htm

  • Vitamin B1 (Thiamine) ~ digelar juga sebagai vitamin "morale untuk urat saraf yang sihat dan learning capacity
  • Vitamin B2 (Riboflavin) ~ untuk stamina dan kekuatan otak (vigor) dan oksigen otak
  • Vitamin B3 (Niacin) ~ untuk saraf yang sihat dan hormon kelamin
  • Vitamin B5 (Panthothenic Acid) ~ menjadikan urat saraf sihat, ketahanan stress serta keletihan/kelesuan
  • Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride) ~ menukarkan Glycogen kepada tenaga, pengeluaran sel darah merah)
  • Vitamin B12 (Cyanocobalamin) ~ meningkatkan kosentrasi dan ingatan
  • Folate (as Folic Acid) ~ kesihatan mental dan emosi, pengeluaran sel darah merah
  • Biotin ~ kurangkan sedih / dukacita / muram (depression)

Oleh itu dapatkan segera supplemen/vitamin untuk anda yang bergelar pelajar, anak anda atau sesiapa sahaja!


----------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.



Peranan vitamin kekalkan rambut lembut dan sihat!

Salam semua..

Kali ini saya nak berkongsi tentang peranan vitamin atau makanan tambahan dalam penjagaan rambut.
"Perlu ke saya menjaga rambut sedangkan saya bertudung? Tiada orang nampak. Tak perlu jagalah.."
Rambut adalah mahkota wanita. Walaupun kita bertudung atau tidak, rambut perlu dijaga sebaiknya.Oleh itu, perlunya makanan tambahan terhadap pertumbuhan rambut yang kuat, sihat dan bersinar.

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2013/01/peranan-vitamin-kekalkan-rambut-lembut.html


Mari kita lihat supplemen apa yang sesuai untuk penjagaan rambut:

  • Protein - penting untuk rambut sihat dan cantik
~ 97% daripada rambut adalah protein.
~ Protein mengandungi 9 daripada 22 amino asid yang diperlukan oleh badan terutamanya rambut.
~ Pertumbuhan, kekuatan serta kecantikan rambut bergantung kepada jumlah protein yang di ambil.
~ Kurangnya protein akan menyebabkan rambut cepat pecah (terbelah), kering, rapuh serta kusut dan kesat.
~ Keperluan protein bergantung kepada:
(a) ketinggian
(b) berat badan
(c) struktur tulang / rangka (besar/kecil)
(d) kegiatan harian
~ setiap 2.5 pounds (berat badan) memerlukan 1 gram protein.


http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/10/kebaikan-esp-soy-protein-shaklee-telah.html

  • Lecithin - penting rambut lebat dan halus serta licin
~ Lecithin mengandungi 'Fatty acids' yang penting untuk rambut licin dan halus
~ Kurangnya 'fatty acids' yang terdapat dalam lecithin akan menyebabkan rambut kusut, lesu, membantutkan pertumbuhan rambut dan rambut kusam/pudar tidak bersinar
~ Lecithin juga mengandungi 2 Vitamin B: i) Coline ii) Inositol - yang mana kedua-duanya penting untuk pertumbuhan rambut
~ Lecithin daripada kacang soya yang mengandungi fatty acids, coline & inositol adalah yang terbaik untuk rambut

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2013/01/produk-terlaris-untuk-menguruskan-badan.html


  • B Complex - penting untuk rambut kuat dan meratakan warna rambut
~ Menolong pertumbuhan rambut melalui 4 cara:
  1. Berkaitan dengan pembentukan /susunan pertumbuhan rambut
  2. Melicinkan rambut (tidak kusut)
  3. Menguatkan rambut (tidak putus)
  4. Memelihara warna rambut (lambat beruban) - diperlukan oleh badan secara berterusan dan yang terbaik untuk kecantikan keseluruhan

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2012/11/bahayanya-asid-folik-sintetik-terhadap.html

Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan sekarang untuk penjagaan rambut anda!

----------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, January 14, 2013

Advanced Joint Health Complex selesakan sendi anda!

Salam semua..hari ni saya nak share pasal satu vitamin yang berkait rapat dengan sendi. Apatah lagi sejajar dengan promosi Januari, Shaklee menawarkan beli 6 Advanced Joint Health dapat percuma 1!

Memperkenalkan
ADVANCED JOINT HEALTH COMPLEX!


Advanced Joint Health Complex
mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian teknikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5+ hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka!
Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:
  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas: zinc, kuprum, manganese dan Vitamin C - setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak seperti kebanyakan supplemen kesihatan sendi,
New Advance Joint Health Complex tidak mengandungi kondroitin, satu bahan yang terbukti di dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. New Advance Joint Health Complex adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian- tidak langsung mengandungi sumber haiwan.

Apakah  perbezaan di antara sendi yang sihat dan sendi yang stress?


Kesan stress berterusan, kerja terlalu kuat,
haus dan lusuh biasa pada sendi:

1. Rawan menjadi lemah dan rapuh
2. Tisu penghubung sekeliling terurai
3. Geseran berlaku di antara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia
    yang menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesan dan mobility
    yang terhad.

Advanced Joint Health Complex membantu sendi dalam 3 cara:

1. Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan- cushioning perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.

2. Memelihara tisu penghubung yang sihat:
Zink, kuprum, manganese dan vitamin C membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.

3. Meningkatkan keselesaan sendi:
Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stres tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi. 

Manfaat Advanced Joint Health Complex Shaklee adalah:
 
1- Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia : 
-Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. 
- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2- Bertindak sebagai kusyen

 Ekstrak jagung :

- Membantu mengekalkan tulang rawan
- Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
- Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

3- Memelihara tisu penyambung yang sihat
 
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.
 
4- Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari

5- Keselesaan sendi hampir 28% lebih cepat dari yang didakwa oleh Osteo Bi-Flex(R) 1
 
6 - 45% lebih berkesan meningkatkan keselesaan sendi dari Osteo Bi-Flex(R) 2
 
 
Ciri-ciri Advanced Joint Health Complex
 
  • 100% bebas kerang
  • 100% vegetarian
  • 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  • Hanya 2 kaplet sehari
  • Kaplet yang mudah di telan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten     
                                            







Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan sekarang untuk orang yang tersayang! Mencegah lebih baik daripada mengubati.

----------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, January 10, 2013

Petua untuk pulihkan luka bersalin cara saya!

Salam semua..

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya melahirkan anak-anak saya melalui pembedahan. Untuk pengetahuan semua, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Yang sulung 8 tahun, kedua 5 tahun dan yang ketiga 1tahun 7 bulan. In sha Allah, ini sajalah amanah yang diberikan kepada saya kerana saya sudah pun ikat terus (bahasa lain tutup kilang) dan tidak boleh mengandung lagi. Kenapa saya tutup kilang terus? Hehehehe..nanti saya jawab di entry yang lain ya..

Ketiga-tiga anak saya dilahirkan melalui pembedahan / Ceasarean. Sebab itu kalau anda perasan anak saya umurnya jarak 3 tahun kerana itu semua atas nasihat doktor dan saya bimbang jika luka lambat pulih. Tapi jika namanya rezeki takkan nak tolak..terima sahaja.

Saya tiadalah petua yang luarbiasa sangat. Semua petua saya sama dengan orang lain. Cuma semasa berpantang saya mengamalkan beberapa petua untuk pulihkan luka bersalin. Antaranya:

  • Saya mengambil ikan haruan di sepanjang 2 minggu saya berpantang. Sama ada direbus, di panggang atau di bakar. Saya juga mengamalkan pati Ikan Haruan. Saya akan minum sehari sebotol pati ikan haruan selama 2 minggu juga. (Petua minum pati Ikan Haruan, saya akan minum pati bersama beberapa potong limau sunkist. 

http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2013/01/petua-untuk-pulihkan-luka-bersalin-cara.html


 Caranya: selepas saya telan pati haruan, saya akan hisap sepotong buah limau sunkist bagi menghilangkan rasa kurang sedap pati haruan itu sendiri. Tahu ajelah rasanyakan..kurang enak apatah lagi bau, namun cara saya tadi dapat mengatasi masalah tersebut).

  • Saya juga mengamalkan minum Jeli Gamat. Jeli Gamat saya akan ambil sesudu sehari dengan menggunakan sudu plastik ataupun dicampurkan di dalam air suam lalu diminum. NAMUN, jangan pula meletakkan jeli Gamat kepada luka anda pula ya! 
Saya pernah terdengar ada sesetengah ibu bersalin melalui pembedahan meletakkan minyak kuning, minyak gamat pada luka atas alasan untuk cepat sembuh. Akibatnya luka pembedahan itu akan bernanah dan berdarah. ITU ADALAH PILIHAN YANG KURANG BIJAK! Luka pembedahan tidak perlu diletakkan apa-apa ubat melainkan saline atau ubat cuci yang diberikan doktor. Tapi saya hanya menggunakan air paip biasa lalu dibasahkan kapas dan dilapkan ke atas luka tersebut. Selepas itu, saya akan pastikan luka tersebut betul-betul kering. Untuk keringkan luka saya akan menggunakan pengering rambut / hair dryer untuk pastikan luka tersebut tidak basah, lembap atau berpeluh. Terutama setiap kali selepas mandi saya akan mempastikan luka saya kering kerana jika tidak berkemungkinan luka akan bernanah atau terkena jangkitan kuman.
  •  Saya juga mengamalkan tips menyusukan bayi untuk cepat pulihkan luka. Orang kata apabila kita banyak menyusukan bayi, luka akan cepat pulih. Ini kerana apabila bayi menyusu, kesemua urat yang berada di dalam badan seolah-olah bekerja dan terutama apabila bayi hisap saya akan merasakan denyutan di urat luka. Jika semasa tempoh berpantang anda mengalami masalah penyusuan dapatkan nasihat daripada yang pakar, banyakkan membaca tentang dunia penyusuan, berkongsi dengan keluarga atau kawan-kawan tentang masalah anda. In sha Allah, anda mampu memberikan yang terbaik buat bayi anda.
  • Semasa kelahiran anak ke3 saya baru mengenali Shaklee. Shaklee juga mempunyai Set Berpantang untuk ibu yang baru bersalin yang mana berperanan memulihkan luka bersalin dan memberi tenaga semasa berpantang. Antara vitamin yang terdapat di dalam Set Berpantang ini adalah Zinc Complex. Zinc Complex bermanfaat mempercepatkan pemulihan luka dalaman atau luaran terutama buat ibu berpantang.

Saya berharap perkongsian saya ini dapat memberi manfaat buat ibu-ibu yang berpantang di luar sana. Ingat ya, luka menjalani kaedah pembedahan mengambil masa untuk sembuh. Oleh itu, dalam waktu pemulihan jangan mengangkat benda yang berat atau apa jua pekerjaan yang memberi tekanan kepada perut anda. Kadang-kadang saya turut merasa ngilu pada tempat jahitan walaupun jahitan itu sudah lama pulih.


Jumpa lagi di lain masa, akan saya kongsikan tips, produk atau cerita yang lebih menarik. Supplemen bukan hanya untuk mereka yang sakit tetapi untuk mereka yang sihat untuk kekal sihat!

--------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di ibu.wawalawa@gmail.com atau 0192027007 untuk sebarang pertanyaan.